Tentang saya

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera rakan-rakan pembaca,

 

Nama saya Emellia. Saya dilahirkan di Muar Johor pada 6 Januari 1982 dan dibesarkan di Petaling Jaya. Kini saya menetap di Seksyen U5, Shah Alam bersama suami dan 3 orang anak-anak (1 lelaki dan 2 perempuan).

Saya pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari USM dan kini bertugas di sebuah syarikat swasta di Bandar Utama dalam bidang IT sebaik sahaja tamat pengajian di universiti pada tahun 2005.

Dalam pada tercari-cari medium untuk ‘menutup kebocoran tunai’ dan membebaskan diri daripada hutang jahat secepat mungkin, saya terjumpa blog Sifu saya dalam simpanan & pelaburan emas iaitu Encik Mohd Zulkifli Shafie.

Latar belakang pendidikan saya tak menjadikan saya cepat teruja dengan kilauan pelaburan emas melainkan saya ambil tempoh bertenang dan membuat pemerhatian / kajian sendiri sambil-sambil saya memerhati aktiviti jual beli emas pelaburan yang dijalankan beberapa syarikat tempatan sejak pertengahan 2013 ketika harga emas menunjukkan trend menurun.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan menjadi ‘pemerhati bebas’, saya memulakan pembelian emas fizikal yang pertama keluaran Public Gold pada awal 2014.

Sejak bergelar Dealer Public Gold (Kod PG041139) pada pertengahan 2014, saya aktif memberi nasihat tentang pelaburan emas yang betul hingga kini.

Rakan-rakan boleh hubungi saya melalui:

  • TELEFON012 3669 330 (Whatsapp/Call/SMS).
    Saya prefer whatsapp / call untuk perbincangan. Sila tinggalkan mesej tentang persoalan yang boleh saya bantu supaya senang saya hubungi semula.
  • EMAIL– emellia041139@gmail.com
  • BLOG COMMENTS 
  • FACE TO FACE – Bagi rakan-rakan yang tinggal sekitar Shah Alam & Petaling Jaya dan mahu berbincang face to face tentang emas pelaburan sebelum buat belian pertama, kita boleh set appointment dan berjumpa di cawangan Public
    Gold Sunway. Hanya perlu maklumkan pada saya terlebih dahulu supaya mudah kita buat perancangan awal.

“Pembelian emas hari ini tidak akan menjadikan kita kaya hari esok tapi paling penting pemilik emas tidak akan jatuh miskin dalam jangka panjang jika bersandarkan ILMU”.

Insyaa-Allah.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

2 Comments

  1. Amirul hernandez

    power akak emillia… MD PG xlama lg.!

  2. Emellia Maskor

    Doa yang sama untuk awak jugak. Amin…:-)

Comments are closed.