Belian Secara Shariah EPP (Easy Payment Purchase)

<Dikemaskini 25 Julai 2017>
Belian Secara EPP sebenarnya dah lama wujud sebelum ada Kaedah GAP lagi. Cuma saya tak pernah buat promosi sebab ditakuti ada cabaran dari sudut shariah. Cara beliannya seolah-olah ada penangguhan dari segi bayaran & serahan emas fizikal jika ianya tak diterangkan oleh orang yang betul-betul faham ilmu muamalat. Alhamdulillah, sekarang EPP dah dapat pengesahan patuh shariah (Fasa 1).

Proses utama dalam produk ini (seperti yang diterangkan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri) ialah:

1. Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.2. Pembayaran secara berperingkat: Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit
keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.3. Pengambilan emas: Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Bagi sesiapa yang baru PERTAMA KALI nak beli emas Public Gold dan belum ada PG code, boleh consult dengan mana-mana dealer yang dia selesa nak berurusan & percaya. Kalau nak consult dengan saya, WA 012 3669 330. 

Untuk belian kali pertama, boleh rujuk Langkah 1 Outright Purchase bagi proses pendaftaran.

Bila-bila nak buat belian EPP seterusnya, rujuk step di bawah ni.
 

Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)

a) Klik Login & Klik “Order”

b) Klik “Purchase Order”

c) Cari Produk yang dihendak dibeli guna pilihan ‘Categories’ ataupun ‘Product Name’ kemudian klik ‘Add to Cart’ untuk langkah seterusnya.

d) Semak “Product Name”, “Unit Price” & “Quantity”, kemudian klik ‘Add to Cart’.

e) Klik “Cart” yang berada di hujung atas sebelah kanan untuk langkah seterusnya.

f) Semak sekali lagi maklumat “Item”, “Price” dan “Quantity” adalah betul & tepat.

Jika mahu tukar jumlah kuantiti, tukar bilangan yang dikehendaki & klik “Update Chart”

Sahkan belian dengan klik “Proceed to Next Page”

g) Masukkan maklumat seperti pilihan outlet/branch yang dikehendaki, pilihan bayaran, pilihan belian & setuju dengan terma & syarat. Klik Place & Proceed to Payment

 

Langkah #3 : Selesaikan Bayaran

h) Klik “Continue to Payment Page”

Lepas submit order, sistem Public Gold akan emailkan SO macam belian Outright Purchase. Buat bayaran kali pertama dalam masa 24jam dan pembayaran seterusnya boleh dibayar mengikut tarikh dalam SO atau LEBIH AWAL.

 

Poin Penting:

a) Gold premium yang dikenakan berbeza dari belian Outright Purchase & GAP iaitu mengikut item.

b) Pembelian minimum untuk kaedah EPP ialah RM500 & ke atas.

c) Formula EPP
==========
EPP = PG Sell + Premium + ( EPP Premium )

EPP Premium
===========
10g = RM 10
20g = RM20
50g = RM50
100g = RM100
250g = RM250
1000g = RM 1000

1Dinar = RM5
5Dinar = RM30
10 Dinar = RM50

Peringatan Penting:

1) Emailkan bukti bayaran kepada payment@publicgold.com.my dan SIMPAN bukti bayaran original tu. 

2) Buat bayaran melalui online banking sebab kita boleh re-print slip bayaran tu pada bila-bila masa tanpa risiko slip hilang atau terkoyak.

3) Bayaran yang dibuat di Cash Deposit Machine berisiko untuk a) HILANG b) RESIT ASAL KABUR sampai masa nak collect item pada bulan ke-3.

4) Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.

5) Selepas selesai buat bayaran pada bulan ketiga, boleh call cawangan PG untuk buat stock reservation. Semak no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (www.publicgold.com.my), bahagian “Where to Buy

Dan kalau ada apa sahaja masalah, boleh mintak bantuan Introducer (Dealer). InsyaAllah, dia akan bantu.
Emellia Maskor
Dealer Kod PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam