Boleh kaya ke dengan emas?

Memiliki emas boleh menjadikan pemiliknya kaya mahupun kaya raya. Semuanya bergantung kepada sejauh mana ilmunya tentang emas dan bukannya emas itu sendiri semata-mata. Pernah juga seorang kenalan menyatakan kepada saya yang dia memang mahu menyimpan emas walaupun cuma satu gram dan bertanya ‘Berapa boleh untung kalau simpan 1gram?’ Saya hanya boleh tersenyum tapi tak dapat berikan jawapan sebab emas fizikal bukannya yang boleh mengawan dan boleh beranak pinak.

Sebelum mulakan simpanan emas fizikal apatah lagi pelaburan emas fizikal, kita perlu dapatkan maklumat-maklumat berkaitan daripada banyak sumber seperti buku, blog yang establish dan juga hadiri seminar berkaitan pelaburan emas fizikal. Jangan terlalu bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh Dealer atau Ejen syarikat emas semata-mata sebab jika mereka ada kepentingan tertentu dalam urusniaga yang bakal berlaku dan lebih malang lagi jika Dealer atau Ejen tersebut hanya memikirkan keuntungan poket sendiri semata-mata.

Antara 1 Dinar dan 1 Ekor Kambing

“1 Dinar emas seberat 4.25gram mengekalkan kuasa beli penyimpannya untuk membeli seekor kambing sederhana berat  yang berusia 2 tahun.”

Jika kita sudah tetapkan mahu beli 1 Dinar x 2 keping sebagai simpanan jangka panjang, 1 Dinar itu akan kekal 1 Dinar sebanyak 2 keping tanpa berkembang menjadi berkeping-keping 1 Dinar sampai bila-bila JIKA kita tidak buat belian tambahan seterusnya.

Jika kita beli 2 ekor kambing (yang nilainya lebih kurang 2 Dinar) yang berlawanan jantina pula, kita mungkin akan dapat anak-anak kambing pada sela masa tertentu dan kambing-kambing tersebut akan terus membiak dan berkembang.

Tapi harus diingat,kedua-dua situasi di atas bukanlah perbandingan yang tepat untuk mengatakan simpan emas lebih baik daripada bela kambing begitu juga sebaliknya

Simpan Emas Supaya Kekayaan Lebih Bertahan

Kebanyakan kita sebenarnya boleh jadi kaya (walaupun bukan kaya raya) jika kita dapat ubah tabiat kita dalam pengurusan duit. Orang-orang kaya sejak ratusan tahun dulu mempunyai persamaan dalam tabiat mereka terhadap duit. Mereka akan asingkan dulu pendapatan mereka kepada aset yang lebih tahan lama seperti emas, perak, tanah ladang dan rumah sewa. Bagi mereka, emas adalah aset berharga yang paling mudah diterima oleh semua orang. Zaman sekarang pun masih ramai yang jadikan emas sebagai duit back up sama ada sebagai modal perniagaan ataupun harta mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

Orang-orang kaya hanya mahu membeli,menambah dan mengumpul harta sahaja. Kalau mereka perlu cairkan harta itu untuk dapatkan duit pun, duit itu pada akhirnya ditukar menjadi harta juga walaupun dalam bentuk yang lain. Jadi semakin lama, kekayaan mereka semakin berkembang. Ramai rakan-rakan Dealer yang saya kenal yang memajak emas mereka untuk dapatkan duit segera bagi pembelian rumah. Mereka tak perlu risau untuk buat personal loan sebab kekayaan yang ada di tangan (emas fizikal) digunakan untuk membeli aset yang lain (hartanah) tanpa perlu untuk buat hutang lain. Saya percaya hasil dari sewaan hartanah mereka itu nanti mereka boleh guna untuk tebus semula emas yang dipajak. Hasilnya ‘Emas masih di tangan, portfolio kekayaan berkembang kepada hartanah’



Sayang Nak Jual Emas

Rasa sayang terhadap emas fizikal yang dimiliki itu adalah perkara biasa kepada penyimpan-penyimpan emas. Walaupun harga emas mencanak naik dan boleh merasa untung tunai, tapi biasanya, penyimpan emas tidak mahu jual emas tersebut. Ini kerana mereka faham yang mereka mungkin tidak dapat membeli emas tersebut semula pada harga ‘lama’ jika mereka menjual emas tersebut. Akibatnya, mereka peramkan sahaja emas-emas tersebut dan berharap harga emas akan turun supaya mereka dapat buat belian tambahan. Bukankah perasaan sayang terhadap emas ini menjadikan penyimpan emas lebih kaya kerana simpanan emas semakin bertambah?

Berbeza dengan duit kertas. Jika makin banyak dalam simpanan, kita semakin ‘kreatif’ mencipta alasan untuk membelanjakan duit tersebut. Kadang-kadang, duit bonus belum pun masuk lagi, kita sudah ada ‘To Buy List’ yang panjang. Kesian akaun bank kita yang hanya jadi tempat persinggahan sementara duit-duit tu. 🙂

Jadi untuk kaya, jadikan emas fizikal sebagai supplement untuk mulakan tabiat orang-orang kaya mengumpul harta. Di peringkat awal, kita mungkin terasa perit nak asingkan duit dan beli emas fizikal sama seperti kita terlupa nak makan supplement harian. Cuma apabila kita lihat perubahan pada tabiat kita mengurus duit dan tabungan gram emas bertambah, kita akan rasai keseronokan menyimpan emas sama seperti kita rasa sihat dan bertenaga jika konsisten makan supplemet harian.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila SHARE artikel ini jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *