Cara Mudah Keluarkan Emas Dari Akaun GAP

Lain rasanya bila kita beli emas tapi emas fizikalnya kita tak pegang. Jadi mentor emas saya cadangkan supaya keluarkan sikit emas dalam akaun GAP dan simpan sendiri. Saya pernah kongsikan 2 Teknik pantas untuk kumpul emas fizikal di SINI.

Untuk permulaan, cuba capai milestone pertama iaitu kumpul 6 gram dalam Akaun Emas GAP, kemudian keluarkan goldbar 5gram atau 1 dinar (4.25gram). Mahaguru saya pula pesan, lepas keluarkan emas tu, simpan goldbar/dinar itu dalam dompet dan tengok berapa lama ‘duit’ itu bertahan. Insha Allah, selagi ianya emas, duit RM1000 (nilai anggaran 5gram) atau RM750 (nilai anggaran 1 dinar) akan kekal tersimpan dalam dompet tu.

 

Cara Nak Keluarkan Emas Fizikal Dari Akaun GAP

1) Tinggal dekat dengan cawangan Public Gold

Sesiapa yang tinggal dekat dengan cawangan Public Gold, dia boleh call aje Public Gold terdekat dan minta staff reservekan stok. Jadi apabila stok emas tu dah sampai, staff akan call dan dia boleh set appointment untuk datang collect.

2) Tinggal jauh dari cawangan Public Gold

Teringin nak simpan emas fizikal sendiri tapi jauh dari cawangan Public Gold? Ok, Sekarang kita ada perkhidmatan Gold in Transit (GIT). Syukur sangat sebab ini merupakan perkhidmatan yang sangat-sangat memudahkan bagi mereka yang tinggal jauh dari cawangan Public Gold. Untuk makluman, buat masa ini emas yang disimpan dalam akaun GAP belum dapat dikeluarkan di Pos ArRahnu. Jadi pilihan menggunakan GIT ini sangat berbaloi dan menjimatkan.

Contohnya saya ada customer yang tinggal di Batu Pahat. Sebelum ini dia konsisten beli dan simpan emas dalam Akaun Emas GAP.  Tapi bila dia nak keluarkan emas tu, dia hanya boleh keluarkan di Public Gold Melaka (Batu Berendam) yang jaraknya sekitar 140km atau Public Gold Johor (Taman Perling, JB) yang jaraknya sekitar 130km.  Kalau semata-mata nak ke Public Gold untuk keluarkan emas 1gram sekeping (harga sekitar RM200) tapi terpaksa berhabis duit dalam jumlah yang sama untuk collect emas fizikal, amatlah tak berbaloi.

Lebih baik dia duduk rumah diam-diam dan gunakan perkhidmatan GIT ni. Setuju?

Kiraan kos untuk Gold in Transit:

Contohnya: Kos untuk pos 10g

RM10 + (RM2 x 9) = RM28 untuk kos pos ke rumah

  • Kiraan ini tak termasuk kos premium item & 1 parcel maksimum dengan berat 25gram dilindungi insurans.

Bagi saya RM28 caj penghantaran dengan insurans untuk 10gram amat jimat berbanding terpaksa keluarkan belanja untuk petrol dan tol at least untuk datang ambil emas di cawangan.

Jadi bagi sesiapa yang teringin nak pegang emas fizikal yang disimpan dalam Akaun GAP, bolehlah hubungi mana-mana cawangan Public Gold terdekat.

 

Moga bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *