Cara Pajak Emas Public Gold

Duit yang kita tukar kepada emas adalah lebih selamat daripada dibelanjakan kepada perkara-perkara ‘kemahuan’. Bila-bila kita nak pakai duit untuk tujuan yang menguntungkan, kita boleh bawa emas fizikal kita ke Ar-Rahnu untuk ditukar semula kepada duit. Menariknya tentang emas fizikal ini, kita ada rasa tanggungjawab untuk tebus balik emas fizikal yang kita pajak tu secepat mungkin sebab:

1) Kita tak nak bayar upah simpan yang lebih tinggi. 
Lebih lama kita simpan emas di Ar-Rahnu, lagi tinggi jumlah terkumpul upah simpan yang perlu kita bayar.

2) Kita nak dapatkan semula milikan 100% ke atas emas fizikal tersebut. 
Secara peribadi, saya memang sedaya upaya tebus balik emas yang dipajak secepat mungkin sebaik sahaja dapat keuntungan daripada aktiviti bisnes lain. Hati takkan senang selagi emas fizikal tersebut masih tersimpan di Ar-Rahnu.

Bagi menguji ketulenan emas fizikal yang dipajak, emas tersebut perlu diuji dengan alat densimeter untuk mengetahui ketumpatan emas tersebut. Jadi jika kita memiliki emas yang dalam keadaan sealed, pihak Ar-Rahnu perlu menguji ketulenan emas tersebut sebelum setuju memberikan tunai segera. Menariknya, emas fizikal LBMA Public Gold tidak perlu melalui proses ujian ketulenan kerana sijil LBMA itu sendiri adalah lambang kualiti antarabangsa yang diakui banyak pihak.

Berikut adalah senarai rakan niaga Public Gold yang menerima pajakan emas LBMA Public Gold tanpa perlu dibuka seal (balutan plastik).

1. POS ArRahnu.
2. Ar-Rahnu KPMNJ (Johor)
3. Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Kelantan Berhad.
4. Ar- Rahnu Koperasi Dagang Emas

Sekadar peringatan bersama, polisi pajakan setiap Ar-Rahnu tidak seragam sebab ianya bergantung kepada pihak pengurusan Ar-Rahnu untuk tentukan:

– Apa jenis emas yang diterima
– Berapa nilai emas per gram
– Dokumen sokongan yang diperlukan
– Berapa banyak pinjaman yang diberikan
– Berapa lama tempoh pinjaman
– Berapa upah simpan

a) Apa jenis emas yang diterima?
Ada sesetengah Ar-Rahnu hanya menerima jongkong dan dinar sahaja. Ada juga yang hanya menerima barang kemas sahaja yang tiada batu permata.

b) Berapa nilai emas per gram?
Harga emas per gram yang dijadikan rujukan bagi peratusan marhum juga tidak mengikut harga semasa emas sedunia. Biasanya, Ar-Rahnu menetapkan harga emas per gram yang lebih rendah berbanding harga semasa

c) Dokumen sokongan yang diperlukan
Selain emas fizikal, kita perlu bawa sijil ketulenan emas tersebut dan resit belian asal. Ada juga Ar-Rahnu yang tidak perlukan resit belian asal. Secara peribadi, saya hanya pernah memajak 1 Dinar Public Gold non-LBMA di Ar-Rahnu POS Malaysia. Pihak Ar-Rahnu POS hanya perlukan sijil ketulenan (kad hijau) sahaja sebagai dokumen sokongan.

d) Berapa banyak pinjaman yang diberikan
Kebiasaanya, pihak Ar-Rahnu hanya berikan 65% pinjaman ke atas nilai emas yang dipajak. Nilai emas ini pula adalah harga emas yang ditetapkan oleh Ar-Rahnu itu sendiri. Jika nak tahu berapa harganya, saya cadangkan anda telefon dahulu Ar-rahnu untuk tahu harga semasa yang mereka berikan.

e) Berapa lama tempoh pinjaman
6 bulan adalah tempoh maksimum standard bagi mana-mana Ar-Rahnu. Jika kita belum cukup duit untuk tebus semula emas tersebut dalam tempoh 6 bulan, kita boleh bayar upah simpan sahaja dan ‘renew’ surat pajak tersebut. Dan kalau kita sudah ada duit untuk tebus semula emas tersebut kurang daripada 6 bulan, baik segerakan untuk tebus semula bagi menjimatkan upah simpan. Lagi lama simpan di Ar-Rahnu, lagi banyak upah simpan yang kita kena bayar. Setakat ini, saya cuma pajak selama 2 bulan paling maksimum.
Sekadar peringatan, jika emas yang dipajak itu gagal ditebus atau disambung surat pajaknya, besar kemungkinan emas tersebut akan dilelong.

f) Berapa upah simpan? 

Mengikut pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu POS, upah simpan yang dikenakan adalah sekitar 1% daripada nilai pinjaman yang diberikan.

Pinjaman yang diberikan adalah RM 3840 dan upah simpannya adalah RM 36.62 sebulan.

Sebaiknya, anda bertanya dulu kepada pihak Ar-Rahnu tentang caj yang bakal dikenakan supaya anda dapat membuat kira-kira yang betul sebelum memajak emas.

Diharapkan apa yang saya kongsikan di atas dapat memberi sedikit idea kepada rakan-rakan yang mahu mendapatkan tunai segera dengan kaedah memajak emas fizikal, khasnya emas Public Gold di Ar-Rahnu terpilih. Pastikan juga, pajakan hanya dilakukan hanya apabila kita benar-benar perlukan tunai dan bukan sekadar suka-suka.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

<Dikemaskini 12 September 201>

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *