Cara Selamat Simpan Emas

Ada yang dah beli emas tapi takut nak simpan emas sendiri. Sedangkan ada banyak barangan berharga lain yang lebih susah hendak disimpan di rumah seperti smartphone, laptop dan juga koleksi peribadi seperti handbag berjenama.

Sebagai panduan, berikut adalah tips untuk simpan emas fizikal dengan selamat..Inshaa Allah.

1) Jangan dicanang-canang simpanan emas anda
Hanya beritahu suami/isteri atau seseorang yang paling dipercayai sahaja
tentang lokasi emas anda. Jika anda terlupa atau apa-apa berlaku kepada
anda, sekurang-kurangnya emas itu boleh diwariskan kepada yang layak.

2) Simpan sendiri di rumah atau pejabat
Emas fizikal keluaran Public Gold bersijil LBMA saiznya sebesar kad sim sahaja. Mudahnya nak selitkan emas tersebut di mana-mana sahaja asalkan kita ingat di celah mana kita simpan emas tu. Kaedah ini sesuai digunakan jika kuantiti emas dalam jumlah yang sedikit. Jika simpan sendiri, penyimpan juga perlu kreatif sedikit untuk pastikan emas fizikal itu selamat. Ada yang simpan dalam peti ais, soket dinding, bekas tupperware dan tin biskut! Ada juga yang beli safe deposit box dan simpan di rumah/pejabat.


3) Sewa Safe Deposit box
Jika simpanan emas sudah banyak keping dan ada modal untuk sewa deposit box, itu adalah lebih baik kerana anda tak perlu risau lagi tentang keselamatan emas-emas itu. Kemudahan sewaan safe deposit box itu ada ditawarkan oleh bank-bank atau syarikat swasta. Untuk orang awam, disyorkan sewa safe deposit box di bank sebab kosnya lebih murah.

4) Beli emas melalui akaun GAP
Pembelian emas melalui akaun GAP (Gold Accumulation Program) dan Public Gold simpankan tanpa upah simpan. Jadi ini memberi kemudahan kepada pembeli emas tetapi takut untuk simpan emas sendiri di lokasi peribadi.

Moga tips dan pilihan yang dikongsikan dapat memberi idea kepada semua tentang cara simpan dengan selamat.

Salam E.MAS
PG041139
012 3669 330

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *