Catatan S.I.P (Sales Incentive Program) 19 & 20 Febuari 2016

Alhamdulillah saya berpeluang menyertai S.I.P pada 19 & 20 Febuari 2016 baru-baru ini. Sebenarnya sudah lama hendak menyertai program ini sejak kali pertama ianya diperkenalkan cuma pada kali ke 9 ini, barulah saya berkesempatan untuk hadir sama. Tak sangka betul penyertaan kali ini adalah yang paling ramai pesertanya iaitu sekitar 88 orang. Lebih menarik lagi, Public Gold menyediakan 1 bas dari Lembah Klang dan 1 bas lagi menempatkan peserta-peserta lain dari seluruh Malaysia.

HARI PERTAMA – 19 FEBUARI 2016

Saya bertolak dari Kuala Lumpur secara ‘solo’ atas faktor yang tidak dapat dielakkan dan berjaya sampai di Public Gold Global Business Center sekitar 9pagi. Kami menikmati sarapan pagi sambil menunggu kedatangan Dato Wira Louis Ng & Datin Wira Yvonne Lim. Selepas sesi beramah mesra dan ‘ice breaking’, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut bas masing-masing. Saya berada dalam kumpulan A yang memulakan program dengan taklimat & lawatan sekitar pejabat koporat Public Gold. Kami juga diperkenalkan dengan staf-staf sokongan yang selama ini menjadi tulang belakang kelancaran operasi Public Gold. Secara peribadi, saya  dapat merasakan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh staf-staf ini merupakan antara penyumbang kepada perkembangan positif perniagaan Public Gold.



1) Pejabat Koporat Public Gold

Selesai lawatan di sekitar pejabat koporat, Kumpulan A diberi peluang untuk menaiki 2 biji kereta mewah iaitu Rolls Royce bernilai RM1.5juta  dan Porsche (maaf tak ingat harganya walaupun dah bertanya sebab terlalu teruja) yang disediakan oleh syarikat Public Gold. Saya ambil peluang untuk menaiki kedua-duanya tanpa segan silu. Pemandu-pemandu kereta tersebut pun sporting apabila mereka buat ‘drift’ ketika melalui selekoh. Khabarnya juga Rolls Royce boleh ‘pergi’ sehingga 150km/jam tanpa goyang begitu juga dengan Prosche.

2) Public Safe

Di sebelah tengahari, kami bertolak ke Public Safe untuk meninjau sendiri betapa hebat dan gahnya  tempat menyimpan emas fizikal.  Difahamkan sekitar 5000 peti simpanan keselamatan pelbagai saiz. Atas faktor ruang dan juga keselamatan, kami perlu bergilir-gilir untuk masuk ke dalam Public Safe ini. Sebahagian lagi diberi peluang untuk meninjau pejabat cawangan Public Gold Relau yang luas dan selesa untuk menempatkan lebih ramai pelanggan pada satu-satu masa.

Selepas itu, kami bertolak ke restoran yang menyajikan mi udang sambil menikmati udara tepi laut di Teluk Kumbar dan seterusnya solat zohor di masjid sekitar.

“Cat”

3) Penang Streets Art

Seterusnya kami dibawa bersiar-siar ke Penang Street Arts yang mempunyai lukisan-lukisan menarik di sepanjang beberapa jalan sekitarnya. Dua daripada lukisan itu dipilih oleh Public Gold untuk dijadikan latar belakang jongkong emas 0.5gram. Sebagai peminat kucing, saya abadikan gambar bersama mural kucing yang rupa-rupanya sangat besar.

Hampir malam, kami dibawa pula ke Restoran Nasi 7 Benua untuk menikmati makan malam.  Di restoran tersebut, staf-staf Public termasuk Tricia dari HQ dan Ally dari PG Sunway yang membantu menghidang sendiri makanan demi memastikan peserta-peserta dapat menikmati makan malam tanpa perlu tertunggu-tunggu kerana masih ramai lagi pelanggan lain yang menunggu untuk makan di situ.

4) PG Outlet – Queens Bay Mall

Sekitar jam 8.30malam, kami bertolak ke Queensbay Mall untuk meninjau PG outlet yang berada di sana. Walaupun pada rancangan asal kami sepatutnya check-in dulu di Eastin Hotel dan kemudian barulah ke mall, tapi selepas perbincangan, kami semua setuju untuk terus ke PG outlet. Kami terus menyerbu PG outlet tanpa membuang masa kerana di sini berlangsungnya FIRE SALES yang dijanjikan awal-awal lagi. Menariknya, beberapa orang ‘terpaksa’ ke mesin ATM berdekatan untuk tidak lepaskan peluang memborong emas yang dijual pada harga lantai. Saya juga membeli beberapa keping sebagai koleksi peribadi dan stok tambahan. Tawar-menawar yang berlaku juga mencuit hati saya apabila ada peserta dari Terengganu yang menggunakan dialog minta dikasihani demi mendapatkan harga yang murah. “Miss, kesiankan lah saya Miss. Saya ini orang kampung je. Ini je yang saya ada“. Akhirnya Mr Harrison yang putuskan berapa harga terbaik yang boleh diberikan kepada kami. 🙂

 HARI KEDUA – 20 FEBUARI 2016

5) Taklimat Perniagaan

Pada hari kedua, kami ke Public Gold Relau untuk mengikuti taklimat tentang perniagaan Public Gold secara lebih mendalam. Seterusnya kami dibawa menikmati Nasi Kandar Penang sebagai jamuan makan tengahari. Selepas solat zohor, kami terus ke PG Museum iaitu salah satu aktiviti lawatan yang saya tunggu-tunggu. Seperti biasa, kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memudahkan kami merasai pengalaman di muzium dengan lebih dekat lagi

6) PG Museum

3D Mural

Di muzium ini, kami dapat merasai pengalaman seperti berada di lombong emas yang sebenar. Benarlah emas memang selayaknya diangkat sebagai wang sebenar dan juga ganjaran yang disebut-sebut dalam Al-Quran. Ini kerana proses untuk menulenkan emas daripada sumber asalnya adalah sangat rumit. Saya percaya, ianya bukan semudah mencetak wang kertas seperti kita pergi ke kedai buku dan minta dibuat salinan yang sama.

 Saya sangat menggalakkan sesiapa yang mahu mengetahui tentang perjalanan perniagaan Public Gold dari tahun 2008 hingga kini untuk cepat-cepat daftarkan diri untuk menyertai S.I.P ini. Ajak ahli keluarga, rakan-rakan dan prospek untuk sertai S.I.P akan datang. The more the merrier! Lagi ramai peserta, lagi banyak jumlah emas yang bakal dijadikan lucky draw.  Kumpulan yang saya sertai ini adalah yang paling ramai pesertanya. Seperti yang Dato Louis janjikan, jika bilangan peserta seramai kira-kira 2 bas (80 orang ++), hadiah cabutan bertuah adalah sebanyak 20gram emas (jongkong 0.5gram emas x 40 keping). Jadi separuh daripada peserta mendapat cabutan bertuah. Lebih bertuah, ada peserta yang datang bertiga adalah sekeluarga dan kesemua mereka mendapat cabutan bertuah! Memang sangat-sangat bertuah!

Program ini juga adalah peluang bercuti sambil tambah ilmu. Sebahagian besar perbelanjaan ditanggung oleh Public Gold. Peserta cuma perlu bayar RM350 (prospek) ATAU 2gram dari akaun GAP. Jangan lupa bawa wang tunai hanya untuk borong emas ketika FIRE SALES.
 p/s: FIRE SALES bukan cuma sekali sahaja. Jadi sediakan wang tunai SECUKUPNYA untuk ditukarkan kepada emas fizikal ketika fire sales.

Hubungi cawangan Public Gold terdekat untuk buat pendaftaran.
Jika yang belum ada PG code dan mahu saya bantu pendaftaran, hubungi
saya.

 Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *