Celik Emas, Celik Pengurusan Kewangan

Saya mulakan simpanan emas tahun 2014 dengan tukarkan duit anak-anak yang selalu kami ‘pakai dulu; ganti ntah bila’. Lepas dah tukarkan duit anak-anak tu, timbul rasa tercabar sebab anak-anak yang belum sekolah pun dah ada simpanan emas walaupun beberapa keping dinar. Puas jugak fikir mana nak cari (korek) duit lebih sedangkan bajet bulanan yang ketat. Mungkin sebab keinginan mengatasi segalanya, saya restructure balik belanjawan. Komitmen bulanan yang ada masa tu kereta dan PTPTN yang jumlah kedua-duanya RM1000 (tak temasuk kos sampingan bila pakai kereta).

Mula Susun Semula Bajet Bulanan
Rupa-rupanya bila kita ambil serius tentang pengurusan kewangan, kita dapat trace banyak duit yang mengalir pada ‘ntah apa-apa’ yang memang tak menambah aset. Saya mula sedar yang saya ada duit lebih daripada cashflow rumah flet yang saya sewakan. Selama ni, duit lebihan tu pun lebur sekali. Tak tahu ghaib ke mana. Disebabkan ketagih nak simpan emas, saya mula asingkan duit lebihan tu. Bila ada claim daripada company, saya asingkan jugak. Dapatlah beli 1 Dinar emas 916 yang masa tu dalam RM600 sebiji. Bangganya rasa! Yelah kan selama ni tak pernah berjaya simpan duit lama-lama. Jadi bila dapat ‘sorokkan’ duit dalam bentuk emas, mestilah happy.

Lepas dapat dinar yang pertama, keinginan nak tambah simpanan terus membuak-buak sedangkan selama ni belanja tak ingat dunia. Sebaik saja Public Gold perkenalkan program GAP, saya makin seronok nak kumpul emas sebab saya boleh kumpul emas sikit-sikit dengan bajet terhad. Peruntukan bulanan GAP saya mulakan dengan cashflow daripada hasil rumah sewa. Lepas tu adjust sikit-sikit dengan duit gaji sebab saya belum cukup simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan masa tu. Makin lama simpan emas makin seronok bila tengok bilangan emas yang kita simpan makin bertambah setiap bulan.

Potong Belanja / Komitmen Yang Merugikan
Saya mula teringat yang saya ada langgan polisi di sebuah bank. Lepas semak ROI terkini, amatlah tak berbaloi kalau tengok dalam jangka panjang. Dengan nilai duit yang makin turun, jumlah pulangan yang dijanjikan pun takdelah ‘wow’ sangat bila sampai tempoh matangnya nanti. Jadi saya ambil keputusan batalkan semua polisi yang saya ambil. Lepas dapat cashout, saya tambah simpanan emas dan cukupkan dana nak selesaikan hutang kereta & PTPTN sekali gus.

Ya Allah..Dia je yang tahu betapa seronoknya dapat langsaikan hutang kereta & PTPTN masa tu. Rasa ringan bahu ni dapat bebas daripada komitmen yang rasanya lambat sangat nak habis bayar. Satu perkara yang saya perasan, bila saya direzekikan Allah tentang ilmu emas, saya mula susun semula belanjawan kami sekeluarga. Walaupun sebelum ni rasa perit sangat nak ‘pusingkan’ duit setiap bulan, tapi bila dah mula ada simpanan emas, saya dapat kawal tabiat boros sikit demi sikit.

Selesai Hutang, Tambah Simpanan
Saya ingat lagi petua daripada mentor saya tentang cara nak tingkatkan simpanan. Beliau pesan sama ada cari pendapatan lebih atau kurangkan komitmen. Lepas buat full-settlement untuk kereta & PTPTN, peruntukan kedua-duanya saya alihkan untuk buka simpanan GAP anak-anak pulak. Dan sekali lagi saya batalkan polisi yang saya ambil untuk anak sulung & alihkan simpanan dia dalam akaun GAP yang saya buka atas nama dia. Lagi mudah nak monitor & yang paling penting duit tu tak bercampur aduk macam sebelum ni. Duit cash anak-anak setakat ‘ada-ada’ je dalam akaun bank. Anak-anak pun ada jugak akaun bank untuk parking duit sebelum cukup 1gram emas. Bila dah cukup bajet dalam RM200, memang kena alihkan cecepat.

Lepas 3 tahun buat simpanan emas, walaupun sekarang duit tu rasa masih sikit macam dulu jugak, tapi saya tahu saya ada simpanan emas yang boleh saya pajakkan jika betul2 nak pakai duit. Alhamdulillah, 15 Ramadhan lalu saya sudah layak keluarkan zakat emas yang selama ini tak pernah terlintas ianya secepat ini.

Saya doakan rakan-rakan yang minat nak simpan emas tapi masih ada lagi cabaran dari sudut bajet akan dimurahkan rezeki lagi tahun ni. Amin..

 

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *