maklumat dalam Whatsapp tu, saya jangka ini merupakan satu program Skim
Cepat Kaya yang baru di sebalik platform syarikat emas.
Pesan guru saya, apa-apa sahaja produk kewangan yang mempunyai ciri-ciri berikut, besar kemungkinan ianya adalah Skim Cepat Kaya.
1) Keuntungan Yang Tak Masuk Akal
2) Terma Sentiasa Berubah-ubah
3) Produk Jualan Tak Penting
4) Punca Keuntungan Agak Kabur
5) Kaedah Marketing Terlalu Phisy
Dalam kes saya ni, 3 ciri daripada 5 ciri yang disenaraikan sudah mirip kepada skim cepat kaya.
1) Keuntungan melebihi 34% setahun.
Dalam seminar sekitar tahun 2014, Tuan Azizi Ali ada berkongsi bench mark keuntungan yang logik & munasabah. Beliau mengatakan bagi mana-mana pelaburan, keuntungan (return on investement – ROI) yang biasa adalah sekitar 8 – 15% setahun. Bagi pelabur world class seperti Warren Buffet mampu memberi pulangan sekitar 20 – 34% setahun. Jadi sangat tak logik bila syarikat yang baru tumbuh & baru nak ‘up’ dah mampu berikan pulangan melebihi 70% setahun!
2) Kabur tentang produk jualan
Sekali imbas, ianya seperti jual beli emas biasa. Cuma bila dibaca berkali-kali, kita tak pasti sama ada kita beli emas ataupun serah duit & tunggu keuntungan dalam bentuk emas fizikal & wang tunai. Emas yang dibeli perlu diperam oleh syarikat dan hanya diserahkan kepada pembeli (pelabur) hanya selepas setahun bersama-sama keuntungan tunai.
‘Ada customer buka akaun tahun lepas bulan 9 RM3,800. Hari ni lepas setahun sebulan (mungkin maksud tukang sampai ni 13bulan la kot) dia dapat RM14,000 dan emas 12gram. Terbukti…Rugi tak ambik tau. Lagi rugi tak tau..Dibenarkan oleh Bank Negara’
Akal logik saya, ‘aku ni beli emas ke melabur duit’
Apa jadi kalau syarikat tersebut melingkup sebelum sampai setahun?
Apa jadi kalau harga emas turun ataupun naik?
Bank Negara Uganda ke yang benarkan?
3) Marketing yang menunjukkan hasil terlalu materilistik
Dah namanya kaya, mestilah yang diumpan juga material yang berbentuk kemewahan. Kereta mewah, duit disusun berbentuk kipas jadi penarik utama. Secara logiknya, kita tak pernah nampak pun ‘10 orang Terkaya di Malaysia‘ menunjuk-nunjuk aset hartanah dan akaun bank mereka kepada umum. Betul? Yang ada cuma senarai syarikat ataupun pegangan saham milik mereka dalam syarikat tersebut macam Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary. Kebanyakan orang kaya yang jadi kaya asbab usaha & penat lelah mereka, mereka kekal zuhud dan tidak jakun dengan menayangkan kemewahan mereka kepada umum.
Dalam seminar yang sama, Tuan Azizi Ali menjawab soalan yang ditanya ‘Apa kita nak buat untuk selamatkan kenalan yang terjebak dengan skim cepat kaya?’. Jawapan mudah beliau ‘It is not your job to save the world’. Short & Simple. Skim Cepat Kaya ini sudah bermula sejak tahun 1970an lagi dengan modus
operandi yang sama tapi masih ramai yang terpesona dengan habuan &
imbuhan yang bakal diterima. Tuan Azizi sendiri sudah berkali-kali menulis dalam buku dan juga FB beliau berkaitan skim-skim ini walaupun beliau menerima bermacam-macam kata nista. So, kita yang biasa biasa, setakat nasihatkan mereka sekali dua cukuplah.
Moga orang yang kita sayang & kenal diperlihara daripada terjebak dengan skim cepat kayap ni.
Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam