Dengan Ilmu, Kita Lebih Yakin Bertindak

Alhamdulillah. Saya bersama suami baru sahaja selesai menjayakan event di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama  dengan pembukaan booth Emas Public Gold. 

Dalam masa sibuk2 sediakan barang untuk buka booth kali pertama ni, saya terima Whatsapp (WA) dari nombor yang saya tak kenal. Lepas Puan A perkenalkan diri, Puan A secara jujur beritahu yang beliau minat nak beli emas tapi ‘zero-knowledge’ tentang emas. Sekitar jam 3 petang, saya berikan beliau ebook tulisan Sifu saya, En Mohd Zulkifli Shafie untuk beliau memahami ilmu asas berkaitan simpanan emas fizikal. Jam 5.30 petang beliau hubungi saya semula untuk bertanyakan soalan-soalan yang relevan dan berasas berkaitan simpanan dan pelaburan emas.

(saya pasti beliau buat ‘homework’ dulu sebelum konsult dengan saya).

Jam 9.00 malam beliau berikan bajet yang beliau ada & saya berikan option (item & kuantiti) yang sesuai dengan bajet tersebut. Alhamdulillah sebelum jam 10 malam, beliau secara rasmi dah ada PG code sendiri apabila selesai urusan lock item pada harga yang dipersetujui.

Poin penting:

1) Nak mulakan simpanan emas yang betul mesti ada ILMU.
2) Contact mana-mana dealer yang kita selesa berurusan sebagai Introducer tanpa mengira jarak & lokasi beliau dari kita. Dealer yang kita lantik akan jadi pembimbing (bukan runner) kita sepanjang hayat selagi kita mahu belajar pasal emas.
3) Buat belian pertama emas walaupun serendah 0.5gram. Pembelian pertama emas bukan untuk terus jana keuntungan tapi lebih kepada nak dapatkan pengalaman dalam jual beli emas yang betul.

Apabila bermula dengan ilmu dan dengan bajet yang ada, kita tak akan teragak-agak untuk buat belian yang dalam kuantiti yang besar. Dalam kes Puan A tadi, beliau mempunyai bajet  4angka dan terus lock item non GAP. Beliau memilih untuk menyimpan sendiri emas tersebut.

Inilah yang membezakan tindakan orang yang ada ilmu asas yang betul berkaitan emas. Mereka tak teragak-agak untuk ambil peluang secepat mungkin untuk selamatkan nilai duit mereka kepada emas.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *