Dinar Emas Sebagai Tabung Untuk Ibadah Korban

Kilauan 1Dinar di celah-celah kemeriahan Aidiladha 1436H

Ibadah Korban boleh dilaksanakan hampir setiap tahun jika kita berkemampuan dan kena dengan cara menabung. Cuma kita kena tukar cara menabung RM kepada menabung emas fizikal
supaya fikiran kita tak teringat-ingat untuk belanjakan duit tabungan
itu.

Matematiknya:
1 ekor kambing = 1 bahagian korban.
1 ekor kambing ~~ RM 750.
1 ekor kambing ~~ 1 Dinar

Jika kita menabung 1gram emas setiap bulan secara konsisten, lepas
setahun kita MAMPU mengerjakan ibadah korban dengan 2 bahagian korban. Lagipun, dengan menyimpan emas/dinar, kita dapat kekalkan kuasa beli
sebab harga seekor kambing kekal sekitar 1 Dinar sejak zaman Nabi
(bacalah selawat) sehingga kini.

Jika kita mulakan simpanan serendah 1gram, selepas 12 bulan, kita sudah ada 12gram. Langkah seterusnya ialah kita cuma perlu jual 5gram emas (~4.25gram = 1 Dinar) sahaja untuk mengerjakan 1 bahagian ibadah korban.

Dengan mempunyai tabungan emas fizikal seperti ini, kita boleh melakukan ibadah korban setiap tahun tanpa perlu pening-pening fikirkan soal bajet. Mudah, kan?

Simpan emas bukan untuk kumpul harta semata-mata tapi anggap ia sebagai
kenderaan untuk kita kaya di dunia & di akhirat dengan laksanakan
tanggungjawab sebagai hambaNya.

p/s: Ada ramai penternak kambing di seluruh Malaysia yang menerima dinar sebagai bayaran membeli kambing.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *