Disember datang lagi….Selamat ulang tahun celik kewangan & celik emas kepada diri sendiri

 Syarikat tempat saya bekerja tidak menjanjikan bonus yang banyak atau dengan kata lain ‘Bonus X bulan’ gaji. Semua pekerja berstatus ‘tetap’ akan dibayar “13th month salary” dan sudah pasti saya sudah boleh mengagak jumlah yang bakal diperolehi nanti.
Jadi, setiap kali datangnya Disember, saya tidaklah begitu berdebar menunggu kalau-kalau ada pengumuman mengejut pasal gaji ataupun bonus.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sedikit daripada ’13th month salary’ itu akan diperuntukan untuk pembaharuan cukai & insuran kenderaan saya. Dan saya berazam mahu ‘lekatkan’ sesuatu dengan rezeki bonus kali ini. Saya perlu hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri (self-reward kononnya) setelah setahun bekerja.

Hati berdetik dan berimpian jika dapat bonus yang lebat, mahu saja rasanya buat pembayaran penuh pinjaman PTPTN supaya bebas hutang PTPTN.

Ya..kata kunci disitu BEBAS HUTANG…Dan saya mula surf blog-blog dan apa saja yang berkaitan dengan BEBAS HUTANG hingga terjumpa blog Encik Mohd Zulkifli Shafie (En Zul) tentang kewangan,motivasi diri dan emas fizikal.

Sekilas pandang, saya seperti pernah terlihat En Zul suami isteri di satu perhimpunan perniagaan yang gah sebelum ini. (Di blog beliau, ada gambar beliau dan isteri). Saya ikuti blog tersebut sebagai silent reader. Banyak topik perbincangan dan perkongsian hebat beliau yang memang kena dengan matlamat saya ketika itu.

Matlamat ketika itu:

1) Mahu bebas hutang secepat mungkin
2) Mahu punya simpanan tunai yang melenakan tidur malam

Selepas membaca hampir kesemua posting beliau tentang kewangan dan emas, akhirnya saya yakin, saya telah jumpa dengan apa yang saya cari selama ini….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *