Duit: Besar Pada Nombor, Kecil Pada Nilai

Sabtu & Ahad biasanya anak sulung saya akan minta duit untuk beli sarapan kegemaran dia iaitu nasi lemak. Harga nasi lemak biasa RM1.50 jadi saya berikan duit cukup-cukup je. Dia menolak sebab dia lebih selesa bawa duit kertas RM2.00 dan bawa balik baki 50sen. Adakalanya 50sen tu pun dia lupa nak ambil baki sebab jarang sangat guna duit syiling. Saya selalu bagitau dia ‘Dulu ibu beli nasi lemak macam ni 50sen je tau. RM1.50 boleh dapat 3 bungkus. Murah je’. Biasanya dia tak amik ‘port’ apa yang saya cakap tapi semalam dia jawab ‘murahnya nasi lemak ibu’…

Duit yang ada dalam wallet kita ibarat musafir & wallet itu cuma tempat R&R –  rehat & rawat sebelum ianya teruskan perjalanan ke R & R seterusnya. Walaupun kita rasa duit kita besar, tapi hakikatnya duit kita semakin kecil pada nilainya. Dulu nak dapat duit kertas RM100 agak susah tapi sekarang ada mesin ATM yang hanya keluarkan duit RM100 & RM20 sahaja. Bila kita nak keluarkan RM550, kita diberitahu ‘Mesin ini hanya mengandungi not RM100 & RM20 sahaja’. Jadi pilihan yang ada cuma keluarkan RM560 & yang pasti RM10 itu bakal bocor tanpa dikesan.

Biasanya kita cuma nampak (dan mengeluh) yang harga barang semakin mahal. Ketika harga petrol naik 20sen, harga barang melambung naik atas alasan harga petrol naik. Kenaikan harga barang memang di luar kawalan kita. Cuma kita masih boleh kawal:

  1. Pengurusan Kewangan Kita & Keluarga
  2. Tabiat Berbelanja
  3. Pelbagaikan sumber pendapatan

Besar Nombor Bukan Bermakna Besar Kuasa Beli

Kredit gambar Mstar online

Kejatuhan matawang Negara Zimbabwe antara contoh alaf baru bukti wang kertas tidak menyimpan nilai sebenar. Dalam satu laporan akhbar online Mstar, diberitakan semasa kejatuhan ekonomi negara itu pada 2008 menyebabkan inflasi naik beratus kali ganda. Malah rakyat Zimbabwe terpaksa membawa beg plastik yang dipenuhi dengan wang untuk membeli barangan keperluan seperti roti dan susu. Harga barangan dikatakan turut meningkat sekurang-kurangnya dua kali sehari. Rakyat Zimbabwe juga dibenarkan untuk menukarkan duit kertas mereka kepada Dolar Amerika untuk mengikat ‘nilai’ matawang daripada terus jatuh. Bagi mereka yang tidak mahu menukarkan duit tersebut, pilihan yang ada ialah ‘menjual’ duit tersebut kepada pelancong asing sebagai ‘cenderahati’. Apabila ianya dijual sebagai cenderahati, maknanya belum tentu duit itu terjual mengikut nilai sebenar yang diperlukan oleh pemilknya. Berbanding emas, walau sekecil 0.1gram sekalipun, ianya masih berharga dan diterima untuk jual beli barangan keperluan harian pada waktu-waktu kecemasan begini. 500 Billion amat besar nilainya dalam Ringgit Malaysia tetapi ianya langsung tidak mencukupi untuk membeli satu tin susu atau barang-barang keperluan harian lain. Inilah yang dikatakan ‘Billionaire yang kelaparan’. Mereka mempunyai berbillion-billion duit kertas tetapi duit tersebut gagal memenuhi keperluan hidup mereka hatta barangan harian sekalipun.

 

Ikat Duit Dengan Emas Yang Sepadan

Sejak zaman Nabi Muhammad (bacalah selawat), 1 Dinar mampu membeli seekor kambing yang bersaiz sederhana. Hari ni selepas 1400 tahun pun, 1 Dinar masih mampu membeli seekor kambing. Lebih menarik ada penternak kambing zaman moden yang masih menerima bayaran 1 Dinar untuk jual-beli kambing. Kita cuma perlu faham yang 1 Dinar tu kekalkan kuasa beli kita untuk dapatkan seekor kambing. Ianya bukan menjadikan kita kaya dengan mampu membeli 5 atau 10 ekor kambing walaupun berpuluh tahun dalam simpanan. Bagi saya itu jauh lebih baik berbanding simpan duit kertas yang banyak. Jika seekor kambing hari ini berharga RM800 seekor, ianya tak mustahil untuk cecah RM1,600 seekor dalam masa 10 – 15 tahun lagi atas faktor duit kertas yang tidak menyimpan nilai.

Maknanya, apa-apa harga barang pun, jika ianya diikat dengan emas, Insha Allah kuasa beli penyimpan emas kekal.
Hakikatnya simpan emas tidak membuatkan penyimpannya bertambah kaya (jika simpanan tidak bertambah) tapi ianya jauh lebih baik berbanding penyimpan duit yang boleh kehilangan kuasa beli pada bila-bila masa sahaja. Semakin kurang stabil politik dan ekonomi sesebuah negara, semakin kecil nilai duit kertas mereka.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *