Duit Dalam Akaun Bukan Milik Kita 100%

Baru-baru ini Mak cerita pengalaman dia menguruskan dana persatuan anak-anak yatim dan ibu tunggal yang kematian pengasasnya. Mak merupakan antara orang kanan persatuan anak-anak yatim dan ibu tunggal ini yang diberikan amanah untuk dijadikan ‘penama bersama’ bagi beberapa akaun bank persatuan. Syarat pengeluaran dana daripada akaun-akaun ini ialah mesti mendapat tandatangan dua (2) orang penama bersama daripada 3 penama. Disebabkan pengasasnya (Penama 1) sudah meninggal dunia baru-baru ini, jadi waris pengasas dan ahli-ahli persatuan bersetuju untuk menutup kesemua akaun bank atas nama persatuan. Kesemua dana tersebut diagih-agihkan kepada mana-mana persatuan anak-anak yatim dan ibu tunggal yang mereka sudah kenalpasti.

Persatuan anak-anak yatim dan ibu tunggal ini memang sentiasa mendapat sumbangan pelbagai pihak dan jumlah keseluruhan dana terkumpul dalam beberapa akaun bank sekitar 6 angka. Mak bersama penama seorang lagi dan juga waris pengasas perlu pergi setiap bank untuk buat penutupan akaun. Disebabkan jumlah dana agak besar, pihak bank memberitahu mereka tidak dapat memberikan kelulusan penutupan akaun (kesemua duit dibawa keluar pada hari yang sama). Mak dan rakan-rakannya selaku pelanggan hanya diberikan kelulusan untuk keluarkan maksima RM50,000 sahaja sehari dan ada beberapa dokumen yang perlu diisi & ditandatangani. Jenuh kata Mak. Ada sesi ‘soal-siasat’ lagi. Yelah, walaupun penyata bank tertera angka-angka besar tapi bila kita nak keluarkan ‘duit kita’ daripada akaun, kita kena patuh pada had pengeluaran tertentu. Hakikatnya duit kita dalam akaun bank perlu ‘dikongsi’ bersama-sama penyimpan-penyimpan duit yang lain.

Kita Kawal Kekayaan Kita

Bagi penyimpan emas, dia boleh kawal kekayaan dia. Dia boleh beli emas seberapa banyak yang dia mampu. Bila perlukan cash, dia boleh jual emas tersebut atau pajakkan sebanyak mana yang dia mahukan. Dia tak perlu risau apa-apa sebab kekayaan tu ada dalam tangan dia sendiri sebab kekayaan (emas) dia yang sebenarnya terletak pada berat dan ketulenan emas tu sendiri. Kalau nak banding dengan duit kertas, selain daripada ianya tertakluk pada had pengeluaran tertentu, ‘nilai’ wang kertas bergantung kepada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.

Saya percaya ramai yang masih ingat duit syiling RM1 & duit kertas RM2 tak lama dulu. Sebaik sahaja Bank Negara umumkan ianya tak laku untuk digunakan dalam urusniaga, ianya automatik jadi sekeping logam dan sehelai kertas yang layak dibuat kenangan saja. Bagi penggemar syiling lama @ coin collector, ianya mungkin berharga tapi bagi orang biasa-biasa macam kita, ianya bukanlah sesuatu yang ‘wow’ untuk disimpan.

Jadi untuk pastikan apa yang kita simpan itu berbaloi, emas fizikal mesti disimpan 10% sebahagian daripada portfolio kewangan kita sebagai yang disarankan oleh pakar-pakar kewangan.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Kredit foto: www.woh.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *