Duit Kertas: Nombor Sama, Kuasa Beli Berkurang

“Duit kertas yang sama tak mampu beli kualiti & kuantiti barang yang sama…Tuan puan percaya tak? “

Tanya guru saya.

Diam. Tiada respon dari hadirin yang ada dalam bilik seminar waktu itu.

Saya take note dan buat pemerhatian sendiri. Waktu pertama kali dengar soalan itu, saya rasa macam faham soalan tu tapi rasa kurang faham juga. Lama-lama saya dapat jawapan lepas saya perhatikan harga barang-barang keperluan.

Tahun lepas, 2019 saya masih boleh beli bawang merah pada hargaRM3.00 sekilo. Selang beberapa minggu selepas itu, harga bawang merah naik mendadak hingga RM9.00 sekilo di pasaraya besar sekitar Subang. Kalau harga di pasar malam, mungkin lebih tinggi lagi.

Itu baru harga satu jenis barang makanan asas untuk masakan. Belum lagi dikira harga barang makanan kering lagi seperti bawang putih, kentang dan ikan bilis.

Duit yang ada di tangan kita hari ini perlahan-lahan ianya hilang nilai asbab inflasi. Ianya tak mampu menyimpan nilai untuk jangka panjang. RM100 sepuluh tahun lepas tak sama nilainya hari ini, apatah lagi 10 tahun akan datang.

Jadi makin ramai yang pilih untuk simpan emas hari ini. Kalau mengikut pengalaman saya yang perhatikan emas sejak 2014,

Tahun 2015 – 1gram emas boleh dibeli dengan 3 keping RM50. Harga waktu sekitar rm135 – RM145 se gram.

Tahun 2017 – 1 gram emas perlukan 4 keping RM50. Harga sekitar RM180 – RM190 se gram.

Tahun 2020 – 1 gram emas perlukan 5 keping RM50. Harga pernah cecah RM243 se gram.

Nah, itu baru emas 1gram.

Jadi tak hairanlah jika barang-barang lain pun sama naik harga! Berbeza dengan emas, ianya kekal 1gram dari dulu sampai bila-bila pun.

Apatah lagi dengan wabak covid19 ni. Harga emas sentiasa ‘cemas’.

Kita tak mampu ikat harga emas tapi kita masih ada peluang tambat nilai duit dengan simpanan emas.

Tuan Puan yang mahu saya tunjukkan cara untuk mula menukar sebahagian duit simpanan menjadi emas dengan cara paling mudah, murah dan patuh Syariah, boleh terus klik www.wasap.my/60123669330/SimpanEmas sekarang.


Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *