Edisi Khas Yang DiPertuan Agong Bukti Kredibiliti Public Gold

Minggu lepas seorang kawan masa belajar di USM PM saya. Cik mek kita ni berkenan sangat dengan 1gram goldbar edisi khas Yang DiPertuan Agong (YDPA) dan minat nak tahu cara beli 1gram tu. Rupa-rupanya dia dah lama follow posting-posting saya di FB cuma disebabkan lokasi kami yang jauh, dia pilih untuk beli emas jenama lain yang harganya lebih tinggi. Cuma bila Public Gold dengan kerjasama POS Arrahnu keluarkan edisi YDPA ni, dia terus cari saya tanpa lengah. “Weh, kali ni aku dah tak leh tahan tengok design yang PG keluarkan”…Dah kena ‘getah’ la tu.. 😉

1) Kekukuhan & kredibiliti Public Gold semakin terserlah bila syarikat dapat kepercayaan untuk keluarkan edisi khas sempena pertabalan YDPA yang ke 15 ini. Bukan calang-calang syarikat boleh dapat projek yang melibatkan kelulusan pihak kerajaan.

2)Walaupun ada banyak syarikat emas lain di Malaysia, Public Gold sudah berada dalam liganya sendiri dan jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya dari segala segi. Mereka yang pernah beli emas jenama lain pada akhirnya akan pilih jenama Public Gold bilamana mereka menilai ‘pakej’ yang ditawarkan oleh Public Gold secara holistik, tanpa sebarang sentimen.

Secara ringkas, ini ialah kriteria-kriteria yang perlu disemak sebelum membeli emas

#1) HARGA – Harga per gram yang rendah (bukan paling murah) supaya pembeli dapat untung yang maksimum. Cuma nak pesan, harga yang paling murah bukan bermakna ianya emas pelaburan yang paling baik. Ada lagi kriteria yang perlu dipertimbangkan. Kata Mahaguru, emas yang paling murah ialah ’emas potong’ yang boleh dibeli di kaki-kaki lima tempat tertentu. Tapi bila nak jual balik, memang ‘tepuk dahi’.

#2) SPREAD (Beza Harga Beli & Jual) Nipis. Spread paling tinggi yang Public Gold kenakan cuma 15 – 25% untuk barang kemas & bawah 10% untuk Dinar & Goldbar. Rugilah kalau kita nak jual nanti kena tolak spread tinggi.

#3) STOK TANPA HAD – Setakat ni belum pernah Public Gold letakkan had belian tertentu bagi setiap pembeli emas mereka walaupun harga emas jatuh gaung. Ada syarikat lain yang tak mampu nak sediakan stok bila harga emas jatuh. Bagi pihak pembeli, ini lah kerugian ‘awal’ sebab tak dapat nak ‘borong’ emas sebanyak yang mereka mampu beli.

#4) CAWANGAN SYARIKAT BANYAK.- Lebih banyak cawangan syarikat, lagi mudah nak beli & jual semula emas tanpa bergantung kepada Dealer/Ejen. Pemilik emas boleh collect stok dari mana-mana cawangan syarikat tanpa perlu tunggu emasnya dipos atau penghantaran melalui Dealer.

 

#5) Jaminan BELIAN BALIK. Jaminan belian balik ini penting supaya pembeli emas tak pening kepala untuk jual semula emas mereka pada masa hadapan. Yelah, bila dah sampai masa nak ‘cair’kan simpanan emas, kita mesti rasa lebih secure bila syarikat bagi jaminan untuk beli balik emas simpanan kita tu kan?

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *