Elakkan 7 Kesilapan Pelaburan Emas

Sebenarnya, emas dan perak ini lebih kepada simpanan jangka panjang tapi dalam masa yang sama penyimpan-penyimpan emas (dan perak) ini sebenarnya sedang melabur tanpa sedar. Dalam pada keterujaan nak beli dan labur emas ni, kadang-kadang kita tak tahu atau pun terlepas pandang beberapa perkara penting sebelum mulakan belian pertama emas yang boleh menyebabkan kita lambat untung ataupun mengganggu ‘ketenteraman jiwa’. Kan naya tu.

Kali ini saya nak kongsikan serba sedikit kesilapan-kesilapan biasa pelabur emas yang boleh kita elakkan jika kena caranya.

Kesilapan #1 – Melabur tanpa ilmu

Untuk setiap perkara baru yang kita nak lakukan, kita mesti tahu dan selidik dulu supaya kita tak buat silap atau mengurangkan risiko buat silap. Begitu juga pelaburan emas fizikal ni. Walaupun maklumat tentang emas boleh kita perolehi dihujung jari, ada baiknya kita jadi ‘old school’ sikit dengan hadiri seminar-seminar berkaitan pelaburan emas dan baca buku berkaitannya. Kata seorang rakan, apa yang ada di internet itu maklumat (yang belum tentu betul) tapi apa yang ada di dalam buku itu ILMU. Ambil sedikit masa untuk pelajari ilmu emas sebelum ambil keputusan untuk melabur. Lagi banyak ilmu tentang emas, moga-moga lagi kaya kita, inshaa Allah.

Terkini Public Gold mengadakan seminar percuma tentang emas secara besar-besaran di seluruh negara. Jadi, luangkan masa untuk hadir dan belajar tentang emas daripada penceramah yang pakar tentang pelaburan emas fizikal.

Kesilapan #2 – Beli emas paling murah
Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Pelabur yang bijak perlu pertimbangan faktor lain seperti susut nilainya, jaminan syarikat pengeluar membeli semula emas tersebut tanpa banyak soal, kredibiliti emas tersebut untuk diterima di Ar-Rahnu, permintaan emas tersebut di pasaran sekunder (jika tidak mahu menjual semula kepada syarikat pengeluar) dan pengiktirafan antarabangsa terhadap emas tersebut jika dibawa keluar negara.

  
Kesilapan #3 – Beli emas dengan duit kecemasan 

graf pergerakan harga emas 10 tahun

Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naiknya. Jika kita beli emas hari ini, tidak ada jaminan yang harga emas akan naik melepasi harga belian kita pada bulan depan dan kita dapat untung 100%! Emas fizikal ini lebih kepada pelaburan jangka sederhana (minimum setahun)
dan jangka panjang (5 tahun ke atas).

Saya secara peribadi, menjadikan emas sebagai simpanan pendidikan tertinggi anak-anak dan emas fizikal itu hanya akan dijual atau dicairkan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi (anak yang sulung baru berusia 6 tahun). Jadi, turun naik harga emas tidak mempengaruhi emosi kami suami isteri.

Andaikata harga emas turun, kami beli lebih sedikit. kalau harga emas naik, kami tetap teruskan belian selagi simpanan emas kami tak mencapai target yang sudah ditetapkan. 🙂

Kesilapan #4 – Beli barang kemas
Ada juga yang berpendapat menyimpan barang kemas juga adalah satu pelaburan. Barang kemas lebih sesuai dijadikan perhiasan dan mempunyai ikatan emosi yang lebih kuat kepada pemiliknya. Tak kira sama ada rantai, gelang atau sekecil-kecil cincin sekalipun, biasanya pemilik akan terasa berat hati untuk menjualnya atas sebab ikatan emosi kepada barang-barang perhiasan tersebut. Mungkin barang kemas itu adalah pemberian daripada yang tersayang sempena hari yang bermakna kepada mereka berdua. Dari sudut pelaburan, barang kemas adalah lebih mahal kerana terdapat kos upah/tukang yang boleh dimanipulasi oleh pekedai emas. Selain itu, susut nilai pula adalah sangat tinggi (sekitar 25%) yang menyebabkan pemiliknya lambat mendapat keuntungan. Baca lagi di SINI untuk penerangan lanjut.

Kesilapan #5 – Tunggu harga emas paling rendah untuk belian pertama
Ramai juga sudah ada kesedaran untuk menyimpan emas tetapi masih lagi teragak-agak untuk buat belian pertama. Sepanjang terlibat dalam urusniaga emas ini, memang menjadi soalan lazim yang saya terima daripada prospek ‘Harga emas sekarang ni murah ke mahal?’ Biasanya saya jawab ‘Kalau ikut belian pertama saya, sekarang ini masih lagi murah’. Ini kerana, ianya memang betul-betul lebih murah bagi saya. Bagi orang yang belum pernah beli, mereka tidak ada harga yang boleh dibandingkan. Jadi, cara terbaik ialah buat belian pertama walaupun cuma 1gram emas melalui Kaedah GAP dan kemudian baru pantau harga jika nak buat belian seterusnya.

Kesilapan #6: Beli emas untuk dapatkan dividen/hibah bulanan
Emas yang kita beli tu secara logik akalnya masih akan kekal beratnya sampai bila-bila jika tiada belian tambahan daripada duit kita sendiri. Jadi amatlah tidak logik jika emas yang dibeli tetapi ditawarkan dengan dividen atau hibah bulanan. Kita sebagai pemilik emas tersebut hanya perlu simpan sendiri emas itu macam kita beli barang kemas di kedai emas dan jual semula jika hendak dapatkan duit tunai.

Kesilapan #7: Beli emas pelaburan di kedai emas
Harga emas di kedai-kedai emas di luar sana adalah tertakluk pada harga yang ditetapkan oleh Persatuan Pekedai Emas. Boleh rujuk www.fgam.org.my. Selain tak boleh buka seal, banyak kedai emas mensyaratkan untuk beli semula emas tersebut jika resit asalnya masih ada. Oh! Lagi tragis, andaikata seal itu dibuka, emas tersebut dianggap sebagai ‘used gold’ dan susut nilainya meningkat setinggi 25%.

Kesemua kesilapan ini boleh dielakkan jika kita ada ilmu tentang pelaburan emas yang betul. Belilah buku-buku yang berkaitan dan hadir ke seminar emas untuk dapatkan ilmu terkini tentang pelaburan yang emas selamat dan juga tips untuk memaksimumkan keuntungan. Salah satu buku rujukan saya dalam pelaburan emas adalah tulisan En Syukor Hashim iaitu salah seorang Master Dealer Public Gold sendiri. iaitu buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (RM80).

Ebook pelaburan emas dan pelaburan silver

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *