Emas adalah Wang Sebenar

Kredit photo: cepn.us
Pepatah “Cash is King” memang sesuai menggambarkan bahawa sesiapa yang berduit, boleh memiliki apa sahaja yang diinginkan. Lagi seronok kalau tengok buku akaun bank tercatat baki yang banyak ‘0’ di belakangnya.
Tak kira lah RM10000, atau RM 30000 apatah lagi RM 500,000, kita mesti rasa bangga sebab berjaya mengumpul duit sebanyak itu. Tambahan pula jika duit tersebut diletakkan dalam ASB ataupun Tabung Haji, waktu awal tahun merupakan saat yang ditunggu-tunggu dengan penuh debar selagi kadar dividen & bonus belum diumumkan oleh pihak pengurusan dana-dana ini. 
Tanpa kita sedar, walaupun kita dibayar dividen dan bonus (jika ada) ke atas simpanan kita itu pada setiap tahun, tapi dalam senyap, inflasi menjadi ‘pencuri’ nilai yang setia setiap masa. Jika kita mempunyai simpanan tunai sebanyak RM100,000 pada awal tahun, nilai itu tidak mampu kekal selamanya walaupun untuk setahun kemudian. Inflasi di Malaysia secara rasminya adalah sekitar 3%-4% setahun. Ini bermakna, pada penghujung tahun, kuasa RM100,000 itu hanya tinggal RM96,000 hingga RM97,000 sahaja. Walaupun angka RM100,000 masih kekal dalam akaun, tapi kita tak mampu untuk kekalkan kuasa beli duit tersebut. 

Tukar duit jadi aset
Bagi saya, “Cash Is King” atau “Siapa berduit, dialah raja” lebih tepat menggambarkan siapa yang mempunyai simpanan tunai yang banyak, dia dapat menggandakan lagi kekayaannya dengan cara yang betul jika ada peluang yang terhidang. Umpamanya, ketika ekonomi kurang memberansangkan, orang yang berduit boleh beli hartanah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Ini kerana ramai pemilik hartanah yang terdesak melepaskan pegangan mereka sebelum hartanah mereka dilelong oleh bank. Ataupun ketika harga emas menurun, orang yang berduit akan segera menukarkan wang tunai tersebut kepada emas sebab mereka berpeluang memborong barang mahal (emas) pada harga murah.

Emas adalah Wang Sebenar

Cara terbaik dan berkesan untuk elakkan kebocoran wang tunai ialah tukarkan wang kertas tersebut kepada WANG SEBENAR iaitu EMAS FIZIKAL. Masih ramai yang belum nampak bahawa emas fizikal adalah duit yang sebenar tapi dalam bentuk yang berbeza. Emas fizikal mudah ditukar kepada tunai pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Jika bawa emas ke luar negara dan perlukan duit segera, jual sahaja emas tersebut untuk dapatkan duit dalam matawang tempatan tanpa perlu risau fenomena “Ringgit tak diterima di beberapa money changer di luar negara” seperti yang terjadi beberapa bulan lepas. Sekadar makluman, harga emas dunia diniagakan dalam USD/oz. Apabila nilai ringgit jatuh 27.55%, harga emas dalam Ringgit melambung 30%! Bukan emas yang makin mahal, tapi wang kertas yang semakin murah tukarannya.


‘Simpan duit cukup-cukup; simpan emas banyak-banyak’

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *