Emas Lambang Kejayaan & Kuasa Ekonomi Dunia

Sekarang ni masih lagi berlangsung Sukan Sea 2017 kali ke 29 di Kuala Lumpur. Malam tadi perlawanan akhir bola sepak pasukan negara dengan Thailand dalam menentukan pingat emas. Kebetulan juga malam tadi kelas mingguan PG1S khas untuk dealer-dealer Public Gold berlangsung di Public Gold Ampang. Encik Mohd Zulkifli, salah seorang mentor PG1S sempat titipkan kata-kata semangat yang menyentuh jiwa saya ‘Dalam bisnes kita adalah ‘player’, bukan ‘penonton’. Hujan atau panas, kita mesti ada dalam padang.’ Mungkin disebabkan semangat nak menyokong pasukan negara, kelas tamat lebih awal 15minit daripada biasa. Ketika itu Thailand sudah mendahului 1 – 0 sehingga masa tamat.

Emas & Ibu Pingat Emas

Walaupun Malaysia gagal capai pingat emas acara bola sepak yang peminat gelarkan sebagai ‘ibu pingat emas’, tapi saya secara peribadi melihat skuad kontinjen negara secara keseluruhannya beraksi sangat cemerlang. Kita berjaya meraih 140 pingat emas (setakat hari ni) melebihi sasaran minima iaitu 111 pingat emas sahaja. Itu merupakan pencapaian hebat dan hadiah yang lebih bernilai kepada seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-60 esok. Saya teringat pesanan mentor-mentor PG1S dalam beberapa kelas sebelum ini seperti pepatah Afrika ‘If you want to WALK FAST, walk alone; If you want to WALK FAR, walk together”.

Sebenarnya, komposisi emas dalam pingat emas adalah sekitar 6% sahaja tapi disebabkan ianya ’emas’, ia tetap jadi buruan para atlet yang bertanding. Sejak zaman berzaman, emas dianggap sebagai lambang kejayaan tertinggi bagi sesuatu pertandingan sukan tak kisah pada peringkat mana temasya sukan itu diadakan.

  1. Emas adalah lambang kemewahan bagi setiap situasi
  2. Emas adalah lambang penghormatan teragung kepada pemenang
  3. Emas sentiasa bernilai sepanjang zaman

Jadi kita sebagai orang biasa-biasa boleh jadikan semangat kesukanan atlet kita sebagai contoh. Walau dalam keadaan apa pun, emas mesti disimpan sebagai back-up kewangan. Sama ada harga emas sedang naik atau turun, kita konsisten menyimpan untuk hari-hari mendatang yang belum tentu ‘hujan panasnya’. Jangan risau, tiada istilah ‘expired’ simpan emas ni. Malah lebih banyak kita simpan hari ni, kita lebih rasa beruntung sebab kita memiliki emas yang banyak pada harga jauh lebih murah berbanding harga akan datang.

Emas Sebagai Rizab Negara

Simpanan emas negara-negara dunia mengikut ranking

Setiap negara di dunia ni simpan emas sebagai rizab negara. Negara Amerika yang melaung-laungkan penggunaan US dollar untuk urusniaga antarabangsa pun simpan emas malah mereka adalah penyimpan emas terbesar di dunia! Mereka kuat bukan sebab kekuatan tentera sahaja tetapi mereka mengawal ekonomi dunia dengan simpanan emas yang banyak. Walaupun sampai masa nanti duit kertas US dollar tidak diterima sebagai matawang antarabangsa, Amerika masih boleh ‘survive’ sebab mereka ada simpanan emas yang sangat banyak! Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, sejarah menunjukkan sistem kewangan dunia akan RESET setiap 100 tahun. Sekarang dunia menggunakan US Dollar sebagai mata wang dunia. 100 tahun sebelum itu, US Dollar belum lagi jadi mata wang dunia. Lagi 100 tahun akan datang, pastinya US Dollar (beserta duit kertas yang digunakan hari ini) tidak lagi digunakan dan akan digantikan dengan mata wang yang lain. Ia tidak lagi laku sebabkan ia sentiasa dimanipulasi dan nilainya hilang.
.
Berbeza dengan emas. Emas diiktiraf sebagai ‘duit’ oleh manusia sepanjang zaman. Emas adalah ‘duit sebenar’ yang mampu menyimpan nilai dan dianggap mahal sepanjang zaman. Jadi simpan duit kertas sekadar untuk keperluan sahaja. Kalau ikut nasihat pakar kewangan, simpan duit cuma sekadar 3 bulan pendapatan sahaja. Kalau nak menyimpan dalam erti kata sebenar, emas jauh lebih baik. Selain kalis inflasi, simpanan emas kalis bocor terutamanya si boros yang macam saya…

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *