Emas & Perak: Kekayaan Yang Boleh Dibeli?

Sebut sahaja tentang emas, yang terbayang dalam fikiran kita ialah KEKAYAAN dan PENGHORMATAN kepada pemiliknya. Sesiapa yang memiliki banyak emas dan perak akan digelar orang ada-ada @ orang kaya lah maknanya tu. Secara automatik orang biasa-biasa akan menganggap harga emas mahal. Ada benarnya harga emas mahal sebab ianya tak pernah murah.

Dalam mana-mana zaman dan apa juga nilai emas dalam bentuk wang, ianya akan sentiasa dianggap mahal. 10 tahun lepas harga emas jauh lebih mahal dari hari ini dan kita secara automatik mengatakan ‘dulu harga emas murah sangat’. Senario yang sama mesti berulang apabila 10 tahun lagi kita akan merasakan harga emas hari ni jauh lebih murah berbanding waktu tersebut. 10 tahun dulu harga sekeping 1 Dinar cuma sekitar RM400 dan kini harganya hampir RM800. Kalau dilihat dari sudut nilai, berat 1Dinar kekal sama iaitu 4.25gram tapi harganya melonjak dua kali ganda.

Emas dan perak adalah simbol kekayaan yang boleh dibeli. Harganya sentiasa berubah-ubah mengikut pergerakan harga emas dunia. Ketika harga turun penyimpan-penyimpan emas akan ‘memborong sakan’ sebab mereka boleh beli lebih banyak gram pada harga diskaun. Kalau harga naik, pemilik emas hanya perlu bergembira dan terus simpan sahaja emas tersebut sebab nilai kekayaannya sudah meningkat.

Sesiapa yang mempunyai emas 100gram pada awal tahun dan terus menyimpan 5gram setiap bulan secara konsisten, 12 bulan kemudiannya, dia akan mempunyai 160gram emas terkumpul. Seiring peningkatan harga emas, gram emas bertambah, nilai emas dalam wang kertas pun melonjak! Sesiapa yang memilih untuk menjual emas ketika harga melonjak, dia mungkin hanya dapat untung dari segi pertambahan bilangan duit kertas yang diterima tetapi kosong gram emas.

Selagi keadaan tak mendesak, simpan sahaja emas tu sebab beli emas ibarat beli kekayaan yang sebenar. Satu perkara penting yang kena fahamkan ialah, menyimpan emas bermakna menyimpan kuasa beli dan bukannya menyimpan angka-angka yang ‘berperang’ dengan kadar inflasi.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *