Emas Perhiasan vs Emas Pelaburan

Ramai lagi yang masih keliru sama ada beli emas untuk pelaburan/simpanan ataupun beli emas untuk melaram/bergaya. Kita dah terbiasa sejak zaman mak2 kita yang katanya kalau nak beli emas, pilih yang jenis 916. Lagipun dulu pilihan jenis emas belum meluas macam sekarang. Walaupun dekat kedai-kedai emas dipaparkan harga emas yang pelbagai ketulenannya tapi biasanya emas yang dipamerkan cuma barang kemas jenis 916 @ 22karat.

Barang Kemas yang kita tahu & biasa jumpa di kedai emas ialah design klasik dengan nama-nama klasik juga. Saya pernah nampak ada rantai tangan yang dipanggil rantai tangan lipan. Aduh, nak sebut pun geli! Orang perempuan kita masih lagi beli sebab tertarik dengan design yang cantik, elegan & eksklusif. Itu belum lagi gelang atau rantai yang ada perhiasan batu pertama.

Secara Ringkasnya:

Barang Kemas BK:

1) Orang beli lebih tertarik sebab design cantik, elegant,eksklusif.

2) Barang kemas ada ‘skin touch’ dengan pemiliknya jadi rasa memiliki itu lebih menebal dan biasanya sebelum jual barang kemas, kita fikir berganda-ganda lagi nak jual sebab ada SENTIMENTAL VALUE di situ.

3) Ada upah tukang & cukai GST. Maksudnya kita bayar lebih untuk kos-kos hangus.

4) Ada Ar-Rahnu yang terima barang kemas sahaja tapi perlu sertakan resit belian asal. Bukan apa, takut-takut barang kemas tu bukan kepunyaan pemajak (emas ragut/curi).

Emas Pelaburan:

1) Jual/pajak bila terdesak nak pakai duit. Kalau jual terus pun tak apa. Ada duit, beli yang baru.

2) Design terhad; sama ada petak (bar) @ bulat (dinar).

3) Ada Ar-Rahnu yang terima goldbar atau dinar hanya dengan RESIT ASAL SAHAJA.

Di Public Gold, emas perhiasannya iaitu Aurora Italia menggunakan emas 750 @ 18 karat yang mengikut standard emas yang digunakan di peringkat antarabangsa. Seperti yang saya pernah tulis di sini, emas 750 lebih tahan lasak yang lebih sesuai untuk digunakan sebagai perhiasan harian. Selain itu, emasnya lebih kukuh untuk memegang batu-batu hiasan & menghasilkan design yang lebih cantik & terkini.

Emas Pelaburan GoldBar (dan Dinar) Public Gold (LBMA product), ketulenan emasnya ialah 999.9 @ 24 karat dan berseal untuk memenuhi kriteria emas pelaburan yang mendapat pengecualian GST. Untuk item emas pelaburan ni, Ar-Rahnu POS yang ada lebih
70 cawangan seluruh Malaysia terima pajakan tanpa buka seal. Item non
LBMA yg boleh buka casing tu cuma perlu bawak sekali sijil ketulenan tu
je…

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *