Emas Public Gold diterima di ArRahnu POS Malaysia

Saya suka buat perkara yang ‘rare’. Pagi ini saya ke Pejabat
POS Kelana Jaya bukan untuk update buku ASB. Tapi saya nak ambil semula 2
keping Dinar PG yang saya pajak bulan lepas (Disember 2014).
Tujuan pajak tersebut:
1)     
Dinar sebagai dana modal perniagaan.
Beberapa keping Dinar PG memang kami jadikan token modal
pusingan perniagaan suami.  Saya cuma pajakkan nilai yang lebih kurang sama
dengan modal yang kami perlukan. Dalam kes kali ini, kami kekurangan RM 5,000 dana modal dan mengikut nilai semasa emas, saya hanya perlu gadaikan 10 Dinar dan 2 Dinar sahaja.
2)     
Mahu uji sendiri ‘kredibiliti’ Dinar PG 
Saya mahu menguji sendiri kredibiliti Dinar PG yang
dikatakan diterima dengan mudah di Ar-Rahnu POS. Ini terbukti BENAR! Pegawai
POS tanpa banyak soal menerima Dinar PG dan mereka lakukan sendiri ujian
ketulenan di depan mata saya. Saya cuma serahkan Dinar berserta sijil ketulenan
(kad hijau) kepada mereka. Urusan gadaian tak sampai 30minit begitu juga urusan
tebus semula.
Sebelum kenal emas PG, semua modal disimpan dalam bentuk
tunai dalam akaun.  Jadi tak mustahil
kebarangkalian untuk belanjakan duit tunai itu tinggi. Alhamdulillah selepas
tukarkan sebahagian duit tu ke dalam bentuk asset fizikal (dinar dan jongkong),
duit modal tu dah terselamat daripada dibelanjakan.

Atas meja ada balang,

Dalam balang simpan cincin,

Sebulan kerja membanting tulang,

Seminggu gaji duit dah licin

Mahu selamatkan kebocoran tunai? Hubungi saya untuk bantuan.
EMELLIA MASKOR
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *