Emas sebagai Matlamat Tabungan Anak-Anak

Ketika menghadiri Hari Orientasi Tahun 1 anak sulung baru-baru ini, para
ibu bapa diingatkan untuk memberikan wang belanja secukupnya untuk
anak-anak tetapi dalam jumlah yang optimum. Guru-guru mencadangkan hanya
perlu membawa sekitar RM3.00 sahaja. Kalau dikenang semula, ketika saya
bersekolah Tahun 1 pada 1989, emak bekalkan 30sen sahaja sebagai duit
belanja. Dengan duit sebanyak itu, dapatlah sepinggan nasi goreng
berharga 20sen dan air bungkus ikat tepi berharga 10sen.

Jarak masa sekitar 27 tahun menjadikan harga makanan jauh berbeza akibat
nilai duit ringgit yang menurun. Dulu dengan duit 20sen boleh
mengenyangkan perut dengan sepinggan nasi goreng bagi kanak-kanak. Zaman
sekarang, 20sen itu mungkin hanya dapat beli sebiji atau dua biji
gula-gula yang tidak baik untuk kesihatan.



Ajar Anak Berbelanja Di Bawah Kemampuan

Tidak kisah lah banyak mana pun bajet ibu bapa untuk anak-anak bawa ke
sekolah,
ajarlah mereka untuk belanja di bawah kemampuan seawal usia. Kita boleh
didik mereka untuk berbelanja secara berhemah dengan bajet yang terhad.
Memang maklum anak-anak lebih tertarik dengan makanan rapu a.k.a jajan
yang mungkin dijual di sekitar kawasan sekolah tapi kita sebagai ibu
bapa boleh mengambil sikap proaktif. Untuk permulaan, sentiasa ingatkan
mereka hanya beli makanan yang mengenyangkan sahaja seperti nasi,mi atau
meehoon. Duit lebihan itu perlu disimpan untuk keperluan lain pada masa
hadapan. Ketika hari orientasi tempoh hari, saya sempat bersembang
dengan seorang ibu yang berkongsi idea bahawa beliau jugak menggalakkan
anak-anaknya menabung lebihan ‘duit belanja’ sekolah. Beliau
mengingatkan anak-anaknya supaya simpan duit lebihan untuk kegunaan pada
masa hadapan seperti untuk beli buku atau sebagai duit belanja tambahan
jika ada rombongan di sekolah. Ini satu contoh yang baik dan sangat
wajar dilakukan oleh ibu bapa.

Tetapkan Matlamat Menyimpan

Jika sebelum ini kita biasa ungkapkan ‘Nah, ini duit belanja hari ini’.
Apa kata sempena tahun 2016 yang disebut-sebut sebagai tahun yang
mencabar dari segi ekonomi, kita ubah sedikit pesanan itu kepada yang
lebih ke arah berjimat cermat. Saya pesan pada anak ‘Ini duit untuk beli
makanan, tapi tak boleh dihabiskan yer. Kena simpan supaya nanti Aqil
boleh beli syiling emas’. Walaupun tiada respons tapi Alhamdulillah,
pulang dari sekolah agama sebelah pagi, duit masih berbaki RM2 dan pada
sebelah petang, duit masih berbaki RM1 bagi hari pertama. Begitu juga
hari ini, masih berbaki RM3. Setakat 2 hari ini, sudah terkumpul RM6 dan
saya kira ini satu pencapaian yang bagus bagi seorang kanak-kanak yang
baru belajar-belajar nak pegang duit.

 
Tukar Duit Jadi Emas

Apabila sudah jelaskan matlamat menyimpan kepada anak-anak, saya percaya
tidaklah sesusah mana untuk kita terus amalkan strategi berbelanja di
bawah kemampuan. Untuk anak saya ini, saya sudah jelaskan padanya yang
tujuan menabung ialah untuk beli sekurang-kurangnya sekeping syiling
emas 1 Dinar seberat 4.25gram. Sebelum ini pun, dia sudah biasa melihat
kepingan syiling emas tersebut dan dia juga tahu dia ada sedikit simpanan syiling
emas itu. Jadi apabila saya nyatakan yang duit tabungan ini kita akan
beli lagi kepingan seterusnya, dia sudah nampak gambaran yang jelas
apa yang dia akan perolehi di penghujung aktiviti menabung ini nanti.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *