Emas Sebagai Medium Transaksi dan Budaya Kewangan

Sebelum krisis kewangan Asia tahun 1997, nilai ringgit kita sekitar RM2.50 bagi setiap USD1. Dalam tempoh beberapa bulan sejak krisi kewangan tersebut melanda, nilai ringgit jatuh kepada RM4.70 bagi setiap USD1. Situasi ini tak jauh bezanya dengan yang berlaku sekarang (2015). Awal tahun 2015, nilai ringgit dalam julat RM 3.20 – RM 3.40 bagi setiap USD1. Cuba kira peratus kejatuhan nilai ringgit kita.

Lagi sedih, sejak krisis kewangan melanda pada tahun 1997, nilai ringgit belum pernah melonjak ke paras asal RM2.50 bagi setiap USD1! Memang benar angka yang tercetak pada wang kertas masih RM1, RM5, RM10 dan seterusnya tapi kita sudah kehilangan nilai asal wang tersebut walaupun jumlah simpanan wang kita di bank masih tak terusik. Melalui pemerhatian peribadi saya, sekarang ini agak sukar nak dapat duit kertas RM10 dan RM50 jika buat pengeluaran duit melalui mesin ATM. Jika dulu nak keluarkan RM500, kita akan dapat RM50 x 10 keping. Terasa tebal sikit poket/dompet lepas keluarkan duit. Berbanding sekarang, kemungkinan besar kita hanya dapat RM100 x 5 keping. Oh! Terasa semakin kecil duit kita.

Jaminan kerajaan pemerintah tertera pada setiap helaian wang kertas

Duit kertas yang kita gunakan hari ni sekadar MATAWANG yang tidak bersandarkan apa-apa nilai. Asalnya duit kertas ini adalah VOUCHER mewakili emas. Sebelum tahun 1971,duit kertas yang dicetak mesti bersandarkan nilai EMAS dan PERAK. Maknanya, duit kertas pada waktu itu TIDAK BOLEH dicetak sesuka hati. Tapi sejak Perjanjian Bretton Wood
ditamatkan pada 1971 oleh Presiden US Richard Nixon, duit kertas sudah ‘diputuskan’ hubungannya dengan emas.  Duit kertas yang dicetak cuma sekadar sekeping kertas yang DIJAMIN nilainya oleh kerajaan pemerintah. Kalau kita perhatikan, bila kerajaan dan ekonomi bermasalah, nilai duit kertas pun turut sama bermasalah.

Sebagai rakyat biasa, kita sudah banyak kali dengar tentang konspirasi disebalik penciptaan duit kertas
tetapi kita tak ada upaya mengubahnya. Walaupun kita tak mampu mengubah sistem
kewangan dunia dan negara, tetapi kita mampu dan boleh mengubah sistem kewangan
kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mulakan simpanan emas peribadi sendiri dan menjadikan tabiat menyimpan emas sebagai satu budaya malah satu GAYA HIDUP. Maknanya, kalau tak simpan emas fizikal, tak sempurna budaya kewangan kita.

5gram emas tetap sama beratnya walau di mana sahaja di dunia

Apabila kita sudah menjadikan simpanan emas sebagai budaya dan gaya hidup, pada ketika itu emas tersebut mestilah sudah berupaya untuk dijadikan medium transaksi ataupun alat pembayaran alternatif kepada wang kertas. Sebenarnya, sudah ada pengusaha-pengusaha kambing ternakan menerima 1Dinar sebagai bayaran kepada harga seekor kambing. 

Satu masa nanti, tak mustahil jika emas dan perak diangkat kembali sebagai matawang yang bakal menggantikan wang kertas dalam urusniaga seharian. Cuma kita perlu ada kesedaran untuk mulakan simpanan emas dari sekarang sebab emas fizikal adalah wang sebenar.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila SHARE artikel ini jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *