Matlamat Kita Simpan Emas

Apabila kita ada matlamat tertentu yang sudah ditetapkan untuk menyimpan emas fizikal, langkah seterusnya adalah lebih mudah. Ini kerana kita hanya perlu bekerja untuk mencapai matlamat tersebut.
Matlamat penyimpanan emas fizikal adalah berbeza bagi setiap individu. Namun secara amnya, ada emas yang perlu disimpan sebagai harta kekal dan ada emas yang kita beli sebagai pelaburan.

Matlamat #1: Emas sebagai simpanan kekal dan pelindung kekayaan

Emas fizikal boleh dijadikan simpanan kekal. Ini bermakna emas itu akan dipegang terus tanpa ada sedikit pun niat untuk menjual balik. Walau setinggi mana pun harga emas, emas itu akan tetap disimpan sebagai harta atau insurans kewangan kita. Andainya perlukan wang, emas itu hanya dipajak di Ar-Rahnu dan ditebus semula bila sudah cukup masa. Akhirnya emas itu disimpan semula di lokasi peribadi. Emas-emas itu juga akan diwariskan kepada anak-anak atau waris yang lain sebagai harta pusaka.

Sifat emas yang kalis inflasi merupakan alternatif terbaik kepada simpanan wang tunai. Dalam jangka panjang, harga emas menunjukkan trend peningkatan manakala kita kehilangan kuasa beli tahun demi tahun jika masih menyimpan terlalu banyak kekayaan dalam bentuk wang tunai. Wang tunai juga lebih seronok untuk dibelanjakan berbanding disimpan dan biasanya penyimpan duit lebih cepat ‘jatuh miskin’ kerana duit yang ada tidak kekal lama dalam akaun simpanan. Mesti ada saja benda yang kita nak beli atau nak buat menggunakan duit tersebut. Jadi, simpan emas merupakan pilihan terbaik untuk melindungi kekayaan kita.

Lebih parah lagi, apabila kita rasa kita berduit, kita dengan murah hati pinjamkan duit tersebut kepada orang lain dan belum tentu duit tersebut berjaya dipulangkan seperti yang dijanjikan.

Kata guru saya, jika ada orang nak pinjam duit, jangan berikan 100% jumlah yang diminta, tapi bantulah seikhlas hati kita. Ini supaya jika dia tak pulangkan duit tersebut sekalipun, anggap sahaja kita sedekahkan sahaja apa yang telah diberi dan tidak sampai ‘putus saudara’. Mudah-mudahan rezeki kita akan diganti dari sudut yang tidak disangka-sangka.

 Matlamat #2: Emas sebagai medium simpanan berjangka



Pakar-pakar kewangan sentiasa menasihatkan supaya kita mengasingkan simpanan kita mengikut matlamat kewangan yang kita nak capai seperti belanja perkahwinan (bagi yang masih bujang), deposit untuk beli rumah, dana pendidikan anak-anak,  ataupun melancong/menunaikan haji & umrah. Cuma kadang-kadang kita rasa lambat sangat tabungan tersebut penuh disebabkan sikap kita juga yang selalu ‘korek tabung’ di kala terdesak. Pilihan yang ada ialah menabung emas fizikal supaya tabungan kita masih dapat menangkis kadar inflasi setiap tahun.

Bagi graduan yang baru memulakan kerjaya, matlamat kewangan mereka pastilah ingin berkahwin tanpa menyusahkan keluarga dan seterusnya beli rumah atau kenderaan dan seterusnya memulakan hidup bekeluarga. Kesemua ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Amat beruntung jika adik-adik yang masih menuntut di universiti sudah mempunyai kesedaran menyimpan aset seawal usia belajar. Emas yang mereka simpan sewaktu menuntut di universiti tentu sahaja boleh dicairkan/dijual untuk merealisasikan impian mereka sebaik sahaja tamat pengajian.

Ataupun jika emas itu disimpan sebagai duit pegangan untuk menunaikan
haji kelak. Apabila dapat panggilan jemputan haji, emas itu terus dijual
tanpa rasa ralat atau terkilan. Dan selepas pulang dari Mekah jika ada
lebihan duit itu, tukarkan semula kepada emas untuk elak kebocoran wang.

Matlamat #3: Emas sebagai salah satu medium pelaburan
Selain sebagai simpanan, emas juga boleh dijadikan sebagai salah satu medium pelaburan dan ianya boleh dijual jika mencapai target untung tertentu.

Mungkin sebahagiannya disimpan dan akan dijual jika hanya kenaikan harga emas sekitar 20% hingga 25%.
Sebagai pelabur, keuntungan tunai hasil jualan emas fizikal yang mereka miliki merupakan matlamat utama mereka. Ibaratnya ketika beli 1Dinar, harganya RM630 dan hanya akan dijual jika harganya melepasi RM900. Dan apabila terdapat penurunan harga 1 Dinar beberapa bulan kemudian, mereka akan beli semula pada harga lebih rendah, “Buy Low, Sell High”.

Disini ilmu menganalisis pergerakan harga emas amat diperlukan supaya pelabur-pelabur emas dapat memaksimakan keuntungan mereka. Selain ilmu, pelabur-pelabur emas perlukan kesabaran untuk menikmati keuntungan pelaburan emas kerana keuntungannya bukan diperolehi dalam sehari dua.

Mudahkan?

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *