Emas Sebagai Tabung Pendidikan Anak-anak

Masa zaman datuk dan nenek kita, pendidikan ibu bapa kita masih boleh mengharapkan biasiswa daripada kerajaan apatah lagi jika mereka tinggal di kawasan pedalaman dan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ada beberapa agensi kerajaan seperti MARA, JPA dan Yayasan negeri yang sudi menawarkan biasiswa kepada mereka yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Seterusnya apabila sampai giliran ibu bapa kita pula membiayai kita ke peringkat pendidikan tinggi, agensi kerajaan masih menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak. Selebihnya institusi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia membiayai pengajian pelajar-pelajar lain yang layak menyambung pengajian di universiti-universiti awam dan swasta. Jika mendapat keputusan cemerlang/lulus kelas pertama, pinjaman ini boleh ditukarkan kepada biasiswa.

Saya pasti pada masa akan datang, akan lahir lebih ramai lagi cerdik pandai yang menjadikan prosedur mendapatkan pembiayaan pendidikan menjadi lebih kompetetif. Atas faktor ini, saya mula menabung untuk skim pendidikan anak-anak yang duitnya boleh
dikeluarkan apabila anak berumur 18 tahun. Anak pertama bakal mendapat lebih kurang RM34000 (tempoh matang tahun 2027) berdasarkan jadual dalam polisi yang
saya tandatangani.
Jumlah tersebut kedengarannya lumayan SEKARANG
tapi bila saya buat kira-kira semula selepas ada sedikit ilmu tentang RM
vs emas, saya mula bertukar pendapat.

Kenapa?

Dengan RM34000 sekarang, saya boleh beli jongkong emas Public Gold berat 250g
ataupun lebih kurang 6 keping x 10 Dinar.
(Kedua-duanya mempunyai susut
nilai yang rendah dan lebih cepat untung).

Pada tahun 2027, insha Allah
berat jongkong emas/Dinar itu tidak berubah tapi harga emas pasti
berubah dan pakar/otai emas menjangkakan harga emas akan jadi RM503/g
pada tahun 2020.

Ini bermakna 250g itu bakal bernilai sekitar
RM125,000!!!

Jumlah ini mungkin tidak besar pada ketika itu nanti
(mungkin juga tak cukup untuk tampung yuran pengajian anak) tapi
sekurang-kurangnya, saya tak perlu risau kerana ‘duit’ yang saya simpan
berbelas tahun sebelum itu, masih bernilai pada waktu semasa kerana emas adalah duit sebenar.

sumber: studymalaysia.com

Katakan yuran pengajian jurusan kejuruteraan di IPTA adalah selama 4 tahun bagi peringkat ijazah sarjana muda.

Yuran 1 tahun adalah RM 1400.

RM1400 x 4 tahun = RM 5600.

Katakan harga emas 999.9 1 gram adalah RM 160

RM 5600 / RM 1400 = 35 gram.

Jadi lebih kurang 35gram perlu disimpan KHAS untuk yuran pengajian sahaja dan tidak termasuk kos sara hidup sebenar mereka di universiti kelak.

Ada baiknya ibu bapa lebihkan simpanan emas supaya dapat menambung perbelanjaan anak sepanjang tempoh pengajian.

Mengikut pinjaman maksimum PTPTN, bagi keluarga penerima BR1M, anak-anak boleh diberikan pinjaman maksimum RM6650 setahun.
(sumber http://www.ptptn.gov.my/docs/JumlahPembiayaan)

RM6650 x 4 tahun = RM26,600 – Dengan mengganggap pinjaman maksimum tersebut dapat menampung
keseluruhan kos yuran pengajian dan sara hidup sepanjang 4 tahun
pengajian

Katakan harga emas 999.9 1 gram adalah RM 160

RM26,600 / RM 160 = 166.25 gram.

166 gram kelihatan agak besar jumlahnya tapi dengan simpanan melalui
akaun GAP, tabungan itu dapat dicapai, asalkan kita konsisten.

Masalahnya tak ramai yang ada duit tunai sebanyak itu untuk diperuntukkan sebagai tabungan pendidikan anak-anak. Jadi bagi saya, Program GAP yang Public Gold tawarkan
sekarang adalah PLATFORM TERBAIK untuk ibu bapa mulakan tabungan emas secara akaun bersama dengan anak-anak.

Jika sebelum ini duit sedekah (termasuk duit raya) yang diberikan kepada anak-anak hilang tanpa dikesan secara ‘misteri’, jom jadikan tabungan emas melalui Kaedah GAP ini sebagai penawar untuk merungkai misteri tersebut.

🙂

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *