Emas tak pernah murah

Ramai yang berkira-kira nak simpan emas sebab EMAS ni BARANG MAHAL katanya.

Tahun 2008 ketika emas berharga kurang RM100 segram pun orang kata mahal.

Tahun 2011 ketika emas melambung sekitar RM200 segram lagilah orang kata mahal.

Dah tu bilanya EMAS ni nak murah?

Murah atau mahal emas itu bergantung pada waktu bila kita mulakan simpanan emas.

Orang yang mula simpan emas tahun 2011 tapi kurang ilmu berkaitan emas akan anggap ‘buat rugi je beli emas, harga emas dah jatuh’.

Tapi kalau dia lihat dari sudut lain, harga emas turun adalah bonus untuk dia beli emas yang MAHAL tu dengan harga MURAH!

Dengan nilai wang yang sama, dia dapat beli lebih banyak GRAM emas.

Bukan kah itu rezeki namanya? 🙂

Apa jua jenis barang atau perkhidmatan akan ada tempoh matangnya sendiri.

Tempoh matang ini bermaksud kita takkan dapat beli barang tersebut dengan harga itu pada masa akan datang.

Begitu juga dengan emas.

Satu-satu nilai Emas yg kita tidak boleh dapat lagi pada masa hadapan.

Contohnya:

– Tahun 2008 1gram Emas RM50.00 – RM 90.00
– Tahun 2010 1gram Emas RM 120.00 – RM 140.00
– Tahun 2011 1gram Emas RM 165.00 – RM 200.00 ( krisis Dunia harga Emas naik )
– Tahun 2014 1gram Emas RM 130.00 – RM 150.00

Merujuk carta diatas kita yg berada pada tahun 2014 sudah tidak boleh mendapat
harga emas pada tahun 2010 iaitu ketika 1gram Emas RM120.00 kebawah ini kerana emas telah melalui proses “Tempoh Matang.”

Memang benar ada penurunan harga emas sejak tahun 2012 tetapi keadaan ini bukan disebabkan penurunan permintaan emas. 

Ini berlaku kerana ada manipulasi emas maya atau ‘paper gold’ apabila bank-bank melancarkan akaun pelaburan emas. 

Akaun pelaburan emas ini tidak bersandarkan emas fizikal dan hanya nombor-nombor sahaja yang tercatat dalam passbook/akaun bank itu. 

Harga per gram emas bagi akaun pelaburan emas ini memang murah berbanding emas fizikal sebab tidak melibatkan minting cost dan logistics cost.

Akaun pelaburan emas ini tidak ada beza dengan akaun pelaburan lain kerana kita masih tidak mempunyai emas fizikal yang sebenarnya kecuali Akaun Pelaburan Emas Fizikal oleh Kuwait Finance House.

Jadi untuk pastikan apa yang kita simpan hari ini masih kekal relevan dan bernilai pada masa akan datang, tukarkan sebahagian simpanan kita kepada emas fizikal.

Jika berminat nak tahu simpanan emas fizikal yang bertaraf dunia dan harga per gram terendah di pasaran, hubungi saya yer.



Emellia Maskor
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *