Fungsi Emas Kepada Manusia

Sejak dulu lagi kita tahu emas merupakan lambang “Kejayaan, Kekayaan & Kekuasaan”. Kalau baca balik sejarah lama, bila berlaku perang, emas merupakan antara barang rampasan yang wajib ditakluki sebagai lambang kekuasaan baru kerajaan yang merampas. Lagi banyak emas yang berjaya dirampas, makin besar kuasa baru yang dimiliki.

Masa beredar dan kita perhatikan emas sebenarnya ada banyak fungsi yang bergantung kepada TUJUAN & MATLAMAT kita memiliki emas tersebut. Kata guru saya, kalau kita berjaya melihat emas selain daripada ‘Buy Low Sell High’, kita akan jadi pembeli emas yang sentiasa happy & tenang sebab kita tahu apa yang kita buat. Orang yang beli emas hanya sekadar terikut-ikut dengan TREND akan sentiasa susah hati tak kira sama ada emas naik mahupun turun.

Fungsi #1: Emas sebagai Aset & Harta.
Bila disebut aset, ianya mestilah sesuatu yang berharga untuk disimpan dalam jangka panjang. Lagi seronok simpan aset yang buat kita sentiasa nak tambah jumlah aset setiap kali ada duit lebih. Emas Public Gold khasnya sangat mudah dibeli, dijaga/disimpan & di jual semula.

Ada duit sekitar RM200 – dah boleh beli 1gram; 
Takut nak simpan sendiri – beli cara GAP
Nak pakai duit segera – boleh pajak @ jual terus di pasaran sekunder.
Kalau tak ada buyer yang sanggup beli (sangat mustahil melainkan item besar 100gram ke atas) boleh jual semula ke Public Gold.

Lagipun, harga emas dari tahun ke tahun memang akan naik. Jadi secara tak langsung nilai kekayaan (aset kita) sentiasa meningkat. Kalau harga tu turun pun cuma sekejap sebelum naik semula.  Masa harga emas jatuh pulak, ni lah peluang kita tambah aset & harta yang mahal pada harga lebih murah! Kan seronok menyimpan aset & harta yang nilainya meningkat walaupun gramnya masih kekal sama, bertahun-tahun lamanya.

Fungsi #2: Emas sebagai Simpanan.
Masa mula kerja dulu, saya selalu pasang niat ‘dapat gaji nanti nak simpan duit.’ Cuma bila dah ada duit dalam tangan, mesti ada saja benda yang nak dibeli. Kalau pun berjaya simpan duit, dekat-dekat hujung bulan mesti akan luak juga duit tu daripada jumlah asal yang disimpan.  Bila kita tukarkan cara simpan duit kepada emas, simpanan kita lebih kebal dari sudut ketahanannya. Kadang-kadang kalau kita berjaya tak korek tabungan duit, simpanan duit kita boleh juga bocor sebab 1) bagi pinjam dekat orang dan paling tak boleh dikawal 2) nilai duit makin rendah. Nak selamat, alihkan kepada emas sebab emas ini kalis bocor. Sekali dah jadi emas, bukan mudah kita nak jual.

Fungsi #3: Emas sebagai Insurans.
Macam insurans/takaful yang kita ambil untuk perlindungan diri, emas juga kita jadikan sebagai perlindungan kewangan. Walaupun kita beli insurans, kita harap kita tak perlu gunakan insurans tu sebab bila kita buat tuntutan, maknanya sesuatu musibah telah berlaku. Kita simpan emas sebagai back up jika wang kertas kita tak diterima untuk transaksi. Dengan simpanan emas, kita cuma perlu jual emas tu dan dapatkan matawang yang diterimapakai untuk teruskan kehidupan. Emas yang kecil boleh ditukarkan untuk dapatkan barangan keperluan harian jika keadaan darurat berlaku seperti bah di Kelantan tak lama dulu.

Fungsi #4: Emas sebagai Pengikat Kuasa Beli & Penambat Nilai Duit.
Kisah 1 Dinar mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu bukan sesuatu yang asing. Bagi saya itu adalah contoh yang realistik sebab ianya memang terbukti betul. Kalau diukur dalam nilai wang kertas, kita tak mampu beli seekor kambing hari ni (2017) pada harga tahun 2000. Ajaibnya emas yang sama berat (1 Dinar = 4.25gram) masih mampu beli barang yang sama walaupun pada masa yang berlainan.


1/2 Dinar (2.125gram) perlu dikeluarkan sebagai zakat bagi simpanan 20 Dinar (85g) yang cukup nisab.
1 Dinar (4.25gram) mampu beli seekor kambing untuk aqiqah
5 Dinar (21.25gram) mampu beli seekor lembu untuk korban
10 Dinar (42.5gram) mampu tampung kos umrah
20 Dinar (85gram) mampu tampung kos haji

Fungsi #5: Emas sebagai Modal Pusingan.
Bagi peniaga yang mudah ‘merompak’ duit bisnes sendiri, ada baiknya modal perniagaan ditukarkan kepada emas. Bila-bila ada peluang nak kembangkan perniagaan, emas tu boleh dipajakkan untuk dapatkan modal segera, tanpa perlu buat pinjaman bank. Setiap pajakan mesti ada kos upah simpan tapi ianya masih berbaloi-baloi berbanding buat pinjaman yang bertahun-tahun baru habis bayar.
Selepas selesai urusniaga, emas tu boleh ditebus semula & sebahagian duit keuntungan boleh digunakan untuk tambah modal dalam bentuk emas. Hasilnya emas asal yang dijadikan dana modal berjaya ditebus, dana modal dapat ditambah & paling penting dana modal berjaya dikekalkan dalam bentuk yang susah dibelanjakan.

Pesan guru saya, kalau kita boleh lihat emas lebih daripada ‘Buy Low Sell High’, kita akan sentiasa tenang & happy. Penyimpan emas yang ada ilmu akan chill & cool tak kira sama ada harga emas naik, stabil ataupun turun sebab dia tahu apa yang dia buat.

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.
Kredit Foto: First Reliance Bank

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *