G.A.P (Gold Accumulation Program)

<Dikemaskini 25 Julai 2017>
Program Pengumpulan Emas atau singkatan Bahasa Inggerisnya G.A.P (Gold Accumulation Program) adalah satu pemudahcara bagi orang ramai mengumpul Emas Fizikal berketulenan 999.9 (24K) yang diiktiraf antarabangsa.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Public Gold Sdn Bhd. (Public Gold dan Public Bank adalah dua entiti yang berlainan).

Emas fizikal Public Gold mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu London Bullion Market Association (LBMA). Ini membolehkan syiling dinar dan jongkong emas Public Gold mendapat pengecualian GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) 6% kerana memenuhi kriteria khas emas fizikal bagi tujuan pelaburan.

Public Gold Sdn Bhd mempunyai wawasan yang jauh dalam memastikan setiap lapisan masyarakat di Malaysia khususnya mempunyai tabungan emas fizikal yang mampu milik dan berkualiti.

Setiap transaksi Emas fizikal yang dibeli direkodkan dalam ‘Penyata GAP’ yang menyerupai buku akaun bank seperti kita menabung wang kertas.

 

Kelebihan GAP:

1) Pembelian emas fizikal serendah 1gram secara automatik terus dimasukkan 100% ke dalam Penyata GAP. Tiada yuran dikenakan untuk membuka akaun GAP.

2) Memberi peluang orang ramai untuk memiliki emas berkualiti antarabangsa yang bersijil LBMA serta bebas GST hanya dengan modal kecil sekitar RM150 – RM 200.

3) Tiada komitmen untuk menambah tabungan emas fizikal secara berkala seperti setiap bulan.

4) Public Gold simpankan emas tersebut secara PERCUMA.
– Tiada kerisauan untuk fikir cara terbaik menyimpan emas fizikal di lokasi peribadi.
– Tiada tarikh luput penyimpanan emas fizikal itu.

5) Kesemua transaksi pembelian dan penjualan semula emas melalui Kaedah GAP boleh dilakukan secara online. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga.

6) Memberikan kemudahan orang ramai yang tinggal jauh dari cawangan Public Gold atau yang tinggal di luar negara untuk membeli emas fizikal.

7) Emas fizikal yang dibeli melalui Kaedah GAP disokong 100% oleh emas fizikal berketulenan 999.9, ia dilindungi insurans dan boleh diaudit pada bila-bila masa sahaja.

8 Ibu atau bapa boleh membuka akaun GAP untuk anak-anak yang berusia bawah 18 tahun; asalkan ada MyKid secara ‘joint account’.

Sebagai pemegang amanah, ibu atau bapa yang didaftarkan bersama ketika pembukaan akaun GAP boleh mentadbir akaun GAP anak-anak sama ada hendak menambah gram emas atau menebus keluar emas fizikalnya.

Terma dan Syarat GAP:

1) Tiada caj penyimpanan emas iaitu Public Gold simpankan emas kita secara PERCUMA selagi kita tidak menebus keluar emas fizikalnya.

2) Jika pemilik akaun GAP ingin menebus keluar emas fizikal tersebut, 1gram perlu ditinggalkan dalam akaun supaya akaun kekal aktif.
– Pemilik akaun GAP boleh mengeluarkan KESEMUA gram emas yang terkumpul tetapi jika ingin membuat belian yang baru nanti, pemilik akaun akan dikenakan RM50 sebagai yuran untuk mengaktifkan kembali akaun tersebut.

Prinsip Syariah Dalam GAP

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold.

Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.

Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum qabadh hukmi/constructive possession yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas pembeli membayar, pembeli menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan pembeli dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa
sebarang halangan daripada pihak penjual.

Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

Jadi, dalam isu pembelian emas melalui kaedah GAP, tak ada masalah. Ianya patuh syariah kerana GAP statement tu ialah sebagai qabadh hukmi dan emas fizikal tersebut wujud serta boleh dikeluarkan bila2 masa yang kita nak

Penafian tentang GAP

1) GAP bukan satu produk kewangan dan Public Gold tidak menawarkan sebarang nasihat pelaburan atau janji atau ramalan apa-apa pulangan terjamin melalui GAP.

2) GAP bukan aktiviti pengambilan deposit daripada orang ramai. Urusniaga dijalankan secara TUNAI dan kesemua transaksi direkodkan dalam penyata GAP dalam tempoh 48jam selepas pengesahan pembayaran dibuat. Pembelian emas melalui Kaedah GAP merupakan kaedah membeli emas melalui pengumpulan berkala dan emas yang
dibeli terus disimpan oleh Public Gold dalam Peti Simpanan Keselamatan.

3) GAP bukan akaun pelaburan emas yang tidak bersandarkan kewujudan emas fizikal . Akaun GAP ini disokong oleh emas fizikal 100%.

Penebusan keluar emas fizikal dalam akaun GAP & Gold Premium

Melalui akaun GAP dan tertakluk kepada baki 1 gram (untuk kekal aktif), penyimpan emas boleh mengeluarkan Emas Fizikal dalam bentuk:

1) Syiling Dinar 999.9 LBMA (1/2Dinar, 1Dinar, 5Dinar dan 10Dinar)

atau

2) Jongkong Emas 999.9 LBMA (1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 50gram, 100gram, 250gram, 500gram dan 1000gram).

Cara Menebus Keluar Emas Fizikal

1) Telefon dahulu cawangan yang penyimpan ingin ambil di sana sekurang-kurangnya sehari (1 hari) sebelum
tarikh nak datang. Minta staf cawangan tersebut asingkan item yang nak ditebus keluar. Ini membantu melancarkan proses urusan tersebut.

2) Pada hari yang dijanjikan, hanya perlu bawa Kad Pengenalan (I/C) ke cawangan tersebut dan beritahu mereka yang item yang ingin ditebus keluar.

3) Penyimpan perlu membayar Gold Premium berdasarkan item yang ditebus

Gold Premium

Setiap penebusan keluar emas fizikal daripada akaun GAP, pemilik akaun akan dikenakan bayaran Caj Pengangkutan atau Gold Premium yang minima. Gold Premium ini adalah kos pengangkutan dari Nadir Refnary Metal, Turkey ke Ibu Pejabat Public Gold di Pulau Pinang sebelum dihantar ke cawangan Public Gold yang berdekatan. Boleh rujuk senarai item dan Gold Premium yang berkaitan.

Gold Premium ialah Kos Pengangkutan dari Supplier ke Ibu Pejabat Public Gold di Pulau Pinang

Pengeluaran item-item kecil seperti jongkong emas 1gram (sebarang siri), 5gram, 1/2Dinar dan 1Dinar akan dikenakan RM10 setiap keping.

Bagi menjimatkan Gold Premium ini, penyimpan dinasihatkan untuk mengumpul gram yang lebih banyak i.e 10gram atau 20gram kerana Gold Premiumnya hanya RM 15 dan RM20 setiap sekeping barulah menebus keluar emas fizikalnya.

Contoh:

Katakan baki akaun GAP saya ialah 16gram dan saya hanya mahu tinggalkan 1gram baki dalam akaun. Berikut adalah beberapa pilihan yang saya ada.

Pilihan 1: Saya boleh mengeluarkan 15 keping jongkong 1gram pelbagai siri. Gold Premium yang perlu saya bayar ialah RM10 x 15 = RM150.

Pilihan 2: Saya boleh keluarkan 1 keping jongkong 10gram dan 1 keping jongkong 5gram. Gold Premium yang perlu saya bayar ialah RM15 + RM10 = RM25.

Pilihan 3:  Saya boleh keluarkan 10 keping jongkong 1gram dan 1 keping jongkong 5gram. Gold Premium yang perlu saya bayar ialah RM10 x 10 + RM10 = RM110.

Pilihan 4:  Saya boleh keluarkan 3 keping Syiling 1 Dinar dan 1 keping jongkong 1gram. Gold Premium yang perlu saya bayar ialah RM10 x 3 + RM10 = RM40.


Pilihan 5:  Saya boleh keluarkan 7 keping Syiling 1/2 Dinar. Gold Premium yang perlu saya bayar ialah RM10 x 7 = RM70.

Jika diperhatikan, penebusan keluar emas fizikal yang lebih berat, dapat menjimatkan Gold Premium yang perlu dibayar. Ini sekadar panduan sahaja dan penyimpan berhak menentukan jenis item terbaik yang ingin ditebus keluar.

Penyata GAP

Seperti kita menyimpan duit kertas di bank, setiap transaksi pembelian & penebusan keluar emas fizikal melalui Kaedah GAP juga direkodkan. Penyimpan boleh menyemak penyata terkini sendiri di website dengan log masuk menggunakan PG code (PGxxxxxxxx) masing-masing. PG code ini akan diemailkan kepada penyimpan selepas transaksi pertama GAP.

Log in guna PG code masing-masing

 

Tekan My GAP

 

Diharapkan penerangan di atas dapat memberi gambaran sebenar tentang Program GAP yang dipromosikan oleh Public Gold.

Bagi yang berminat untuk mulakan tabungan GAP, boleh ikuti langkahnya DI SINI

Selamat menabung Emas Fizikal

Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam