Gajet oh Gajet

Assalamualaikum
 
ipad,iphone 1,2,3,4,5…infinity…
 
Macam-macam sungguh gajet sekarang sampai aku pun tak pasti apa versi iphone yang terkini…hehe..Sebenarnya sejak dari zaman Uni lagi aku kurang sikit mengikuti perkembangan model-model terbaru handphone & applikasi terkini yang ada di pasaran..tapi tu tak bermakna aku rajin study hoccay! 😛
Kalau roommate aku (Dr.)Suriati Ghazali – akan tamat PHD tak lama lagi – bercerita tentang perisian atau aplikasi terkini, aku cuma dengar je lah.  Agak-agak tak berkaitan dengan aku, aku takkan sibuk ‘upgrade’ PC aku tu. Hahaha. Bab handphone pulak,Nokia 3310 tu dah kira paling gempak aku pernah pakai masa kat USM dulu. Pada aku, janji telefon tu boleh call & SMS, itu sudah cukup memenuhi keperluan aku. Tak perlu yang gedeban2 (advance). Hehe…
Dalam setahun dua ni, ledakan gajet terkini memang tak boleh nak menahan. Sana sini officemate dok menayang blackberry (BB) & bertukar-tukar BBM PIN no (bukan PIN no ATM, hoccay!). Masa minggu-minggu terawal BB ni keluar, masing-masing bercerita pasal plan BB yang diorang langgan. Aku pun seronok tengok gelagat diorang ni. Kalau ikut nafsu kemahuan, memang dah lama aku beli BB ni tapi bila aku fikir balik, prepaid RM30 sebulan tu pun biasanya tak abis pakai inikan pulak nak langgan BB plan. Mengabiskan beras je kan. Lagipun, yuran langganan tu lebih baik aku beli susu Aqil MY…ngee…yelah officemate yang beli ni BB ni pun single-mingle sajok. Aku ni dah triple :p…
 
Cuma sesekali tu rasa macam outdated pulak. Paling terasa bila time lunch ramai-ramai. Dulu time lunch la nak share segala gosip + citer2. Tapi sekarang, kalau keluar 4 orang, mesti yang lagi 2 orang akan sibuk layan BBM diorang. Tapi tu la senario sekarang, kan. Baru-baru ni pun masa aku hantar kereta untuk diservis, boleh katakan dalam 10 orang yang menunggu kereta tu, 7-8 orang sibuk dengan ipad la, iphone la. Ada yang siap tertidur dengan mulut melopong sambil dengar muzik dari iphone diorang. Lawak betul. 
 
Untuk kawan-kawan yang single-mingle tu, tak salah nak mengikuti perkembangan terkini gajet2 tu. Tapi pastikan bekalan untuk masa depan tetap ada. Gajet yang ada sekarang ni cepat sangat ‘susut nilai’ nya, tambah2 lagi bila version baru dah memasuki pasaran. Apa kata duit yang lebih tu digunakan untuk beli rumah atau saham. Masa single-mingle ni la boleh menabung banyak-banyak. Bukan untuk siapa pun, untuk kita juga dan bakal anak-anak.
Salah satu gajet kegilaan manusia tahun 2011
 
 S.e.e Y.o.u
 
 

1 Comment

  1. Anonymous

    iphone 4…..jom beliii =)

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *