Gelang Emas Bukan Emas 916

 

Saya ada gelang emas, peninggalan arwah nenek saya. Harini saya nak buat gadaian disebabkan masalah kewangan. Tapi saya pergi di 3 cawangan ar rahnu, diorang tak dapat semak (ketulenan) gelang ni

Itu mukadimah daripada whatsapp yang saya terima 2 hari lepas. Berderau juga dibuatnya. Terus terdetik rasa kesian. Dalam masa yang sama teringat kata-kata guru emas saya ‘Orang yang simpan emas takkan sewenang-wenangnya nak gadaikan emas dia melainkan dia benar-benar terdesak. Lain gayanya kalau simpan duit, laju je pergi bank keluarkan duit tu.’

Uji Ketulenan Emas
Saya baca sekali lagi mesej Hamba Allah ni sambil ligat berfikir respon terbaik untuk dia. Akhirnya saya cadangkan dia pergi ke POS Ar rahnu yang paling hampir dengan dia untuk test ketulenan sebab:

1) Dia cuma mahu pajak gelang emas tersebut (bukan jual).
2) POS Ar rahnu terima emas perhiasan/barang kemas & emas pelaburan (goldbar & dinar).
3) Partner Public Gold & Ar rahnu yang ‘establish’ dan ada banyak cawangan seluruh Malaysia.

Boleh tak cik agak-agak apa yang tak kena dengan gelang ni sampaikan 3 ar rahnu tak boleh detect ketulenan emas ni

Serba salah nak jawab sebab dalam kepala saya terfikir macam-macam kemungkinan. Cuma saya katakan ada 2 kemungkinan:

– kalau gelang emas tu banyak batu hiasan i.e zamrud, ruby mungkin alat penguji susah nak dapatkan bacaan yang tepat komposisi emas tu.
– kalau gelang emas tu jenis solid tanpa batu permata hiasan kemungkinan besar emas tu, emas saduran sahaja. Emas saduran biasanya ‘tak ada harga’.

Tak sampai hati nak cakap ‘tak laku’ pada orang yang tengah perlukan duit.

Lebih kurang sejam lepas tu, Hamba Allah ni beritahu yang dia baru pulang daripada Pos Ar Rahnu & pegawai di sana sahkan gelang emas tu BUKAN EMAS TULEN. Kemungkinan emas saduran yang popular dalam pasaran.

Hamba Allah ni berkongsi cerita yang dia pernah pajak gelang ni 3 tahun lepas di kedai pajak konvensional dan kedai tersebut terima pajakan tanpa sebarang isu. Malangnya kedai pajak tu dah tutup bila dia perlukan tunai segera kali ni. Saya boleh rasa kehampaan dia bila ‘talian hayat’ yang ada di tangan tak dapat membantunya kali ni.  Ada macam-macam kemungkinan kenapa dulu gelang emas tersebut diterima & sekarang baru timbul isu ketulenannya.

Akhir sekali saya cadangkan dia bawa gelang tersebut ke Public Gold terdekat supaya boleh dinilai ketulenan emas tersebut sekali lagi. Kalau ada ‘harga’, mungkin Public Gold sanggup beli.

Saya dah pergi ke Public Gold, buat semakan dan diorang cakap emas saya tu emas 9k/375. Emas yang paling rendah (grednya). Berat 47.3g.

Melihat gambar gelang ’emas’ tersebut memang mirip emas tulen. Dengan gelang seberat itu, jika ianya emas 916 tulen, harga pasaran lebih daripada RM10000 (RM215 x 47.3g). Kalau dipajak, paling kurang boleh dapat dalam RM75000 dengan anggaran 75% pinjaman daripada nilai semasa.

Tips Penting:
1) Rakan-rakan Muslim yang perlukan tunai, cari dulu Ar rahnu yang ada kredibiliti sebelum buat urusan pajak. Selain mereka ada kemampuan sediakan dana yang lebih besar, isu keselamatan simpanan emas kita lebih terjamin.

2) Kita bimbang kalau ajak di kedai pajak gadai konvensional, takut ada isu syariah & isu-isu lain yang kita boleh elakkan.

Jual Untuk Cut Loss
Esoknya saya sekadar bertanya sama ada dia berminat nak jual gelang tu kalau Public Gold berikan harga buyback terbaik. Dia kata memang mahu jual gelang tu sebab perlukan tunai segera. Saya tolong tanyakan harga buyback dan saya dimaklumkan Public Gold sanggup beli dengan harga RM40/g. Jika dihitung, jumlah yang bakal diterima tak sampai pun RM2000. Cuma bagi saya ini jalan terbaik untuk ‘cut loss’. Sekurang-kurangnya dia tak ada komitmen lagi ke atas gelang tersebut sebaik sahaja ianya terjual.

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *