Hantaran & gubahan untuk adik ipar…

Tiap-tiap kali orang bercerita psl hantaran & gubahan tunang/kawen, aku cukuplah excited…seronok tengok decoration yang sangat2 kreatif walaupun kadang2 aku tak leh interpret hantaran tu bentuk apa sebenarnya…huahuahua…..Terdetik dalam hati, ‘kalau lah aku sekreatif diorang, dah lama aku resign & bukak firma hantaran & gubahan aku sendiri’..
Tapi, bila aku pikir balik,hantaran time aku bertunang dulu pun aku sub-con dekat kawan mak aku….huahuahua…
makcik ni memang kreatif…Infact, laki dia pun join sekali buatkan hantaran aku <kelas kau, Maria!>
OK, enough pasal hantaran aku yang bakul-bakulnya dah pun berhabuk sekarang ni…
Last weekend, adik ipar aku bertunang & sebelum tu, mak mertua aku (MIL) ada request aku untuk tolong buatkan hantaran tunang ni….7 dulang semuanya…Berpinar gakla time dengar tu…perlukah aku ‘ikut jalan belakang’ dengan menghantar semua barang2 tu ke kedai bunga & disiap-gubahkan…Oh tidak…

Lepas dapat tahu kena buat ‘assignment’ ni, google dah jadi website pertama yang aku surf sebaik sahaja aku on komputer…macam2 bentuk gubahan yang aku jumpa; menarik, cantik & da bomb la bak kata orang tapi kompem aku tak tahu nak buat…adui…tension aku…

Aku tanya lagi ngn MIL, apa isi nak letak atas 7 dulang tu…nasib baik dia kata semuanya makanan…so aku tak yah la susah nak fikir gubahan apa untuk tuala, bentuk apa untuk kain pelekat, btw, adik ipar aku perempuan..
So assignment aku lebih kepada hiasan dulang semata-mata…nasib baik lg, adik ipar aku tu dah tempahkan bakul & bunga hiasan bakul tu sekali…hehehe…ringan sikit kerja aku..

Salah satu hantaran tu, aku sponsor la berkonsepkan ‘telur masin naik basikal’

Bakul,hiasan & tenaga kerja dari kedai bunga Mesra πŸ™‚ <kedai yang mak aku selalu beli barang2 jahitan dia>

Dan pada hari kejadian (4 Jun 2011), aku dapat lagi 1 assigment iaitu gubahan untuk pulut kuning…ya-a-au….harus lah tak tahu buat jugak…pastu kalut la cari buku/majalah masakan mana2 yang ada kat umah MIL. Then dapat lak idea, nak decorate pulut tu dalam tray bulat, pastu letak rendang dlm cili benggala…cili merah, telur puyuh & daun2 yg lain sebagai hiasan…hehe…pastu dapat assistant instant <bakal biras> sudi nak tolong decorate…so kami bergabung idea yang tak berapa bernas ni…

My first draft of pulut kuning decoration

                            
                                         

Apak Aqil cuma tengok dari jauh je time aku ‘bersilat’ dekat dapur….ciss…mesti tak yakin dengan bakat terendam aku ni…Nah…ni lah akhirnya selepas final touch up…

Pulut kuning sentuhan ‘kretip’ ku

                                         

 Hasilnya memang la tak gah tapi aku tetap bangga sebab MIL aku kasi kepercayaan untuk buat gubahan ni…sikit pun dia tak kacau..hehehe…habis perkakas dapur dia aku kerjakan…

Lepas siap pulut kuning, aku kena touch-up hantaran2 lain pulak…so next was bakul buah2an dengan buahnya sekali…aku berjaya jadikan buah betul2 nampak macam replika…rahsianya..sapu minyak masak atas buah2 tu supaya nampak berkilat…ya-a-auuu

Add caption

         

Dalam 7 dulang hantaran tu, 1 ni yang aku rasa unik <aku cuma ikat reben je untuk yang ni>….
Kalau terror, leh la teka apa benda ni….

Cuba teka apa saya?

S.e.e Y.o.u

5 Comments

  1. afifah's step

    dodol ke weh?hehehhehe

    Reply
  2. emelliamaskor

    teettttt…salah. sila cuba sekali lagi

    Reply
  3. afifah's step

    huhuhuh….bg le hint..haddoiiii

    Reply
  4. emelliamaskor

    hahahaha…tu ayam kenny rogers & its gravy…unik tak? ngeee

    Reply
  5. afifah's step

    mak aiiiii….unik gilossss…kebaratan snggh..hakhak

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *