Harga Emas Jatuh, Apa Tindakan Kita?

Pertengahan Julai 2015, harga 1gram emas 999.9 melalui Kaedah GAP sekitar RM 151-RM153 dan menurut ramalan orang-orang yang terlibat dengan pelaburan emas, mereka menjangkakan yang harga emas akan terus melonjak naik disebabkan krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece baru-baru ini.

Peliknya, harga emas didapati menurun kepada RM 149/gram pada hujung minggu (17 Julai – 19 Julai 2015) dan hari ini, ianya turun lagi kepada RM147/gram. Jika orang yang belum faham tentang emas, mereka mungkin panik dengan situasi ini tapi bagi mereka yang dah faham tentang emas, mereka akan bersorak riang apabila harga emas jatuh.
Kenapa?
Orang yang ada ilmu tentang emas, mereka akan tambah belian mereka ketika harga emas jatuh sebab mereka dapat beli barang mahal dengan harga rendah! Ingat yer, emas tak pernah murah sejak dulu hingga kini.

Walaupun pada dasarnya harga emas kelihatan jatuh, tapi sebenarnya
penyimpan-penyimpan emas tidak rugi 100%. Ini kerana emas tersebut masih dalam pegangan mereka dan jumlah berat emas yang mereka simpan tak hilang walau 0.01gram sekalipun. Yang dah ada akaun GAP, cuba semak penyata akaun, adakah jumlah gram terkumpul berkurangan akibat penurunan harga emas? Mestilah tidak, kan? Berita baik lagi, mereka boleh terus menambah gram emas ketika harga rendah tanpa ada halangan.

Mereka hanya rugi jika mereka jual emas tersebut dan harga jualya adalah lebih rendah berbanding harga mereka beli dulu. Ini baru betul-betul rugi! Kalau mereka ada ilmu, mereka hanya perlu teruskan pegangan ke atas emas tersebut dengan lebih lama lagi sebab harga emas memang dalam trend menaik untuk jangka panjang.

Bakal pembeli emas Public Gold yang hubungi saya sebelum buat belian pertama, saya selalu berkongsi pandangan yang mereka perlu jadikan emas sebagai simpanan jangka panjang. Apabila disebut sebagai jangka panjang, pasti ada turun naik harga emas dalam jangka pendek. Jadi, mereka perlu ada simpanan tunai sebelum mula menyimpan emas. Ini supaya mereka tak perlu susah hati andaikata harga emas turun selepas mereka buat belian emas. Jika simpanan tunai mereka masih banyak, mereka boleh tambahkan simpanan emas mereka.

Berikut adalah dua (2) tindakan yang boleh dipraktikkan apabila harga emas jatuh:

Tindakan #1: Beli emas lagi jika masih ada lebihan simpanan tunai

Bagi mendapatkan pemurataan harga yang lebih rendah, ketika pada harga jatuh ni lah peluang untuk kita rendahkan kos pembelian setiap gram emas kita. Tak kira sama ada kita penyimpan dinar atau 1gram emas melalui Kaedah GAP, kita dapat rendahkan purata harga belian kita seperti contoh di bawah.

Harga Belian 1 Dinar LBMA pada 2015 setakat Julai 2015:

Januari 2015 – RM 660
Febuari 2015 – RM 625
Mac 2015 – RM 635
Julai 2015 – RM 622

Secara puratanya, harga sekeping Dinar hanya RM 635. Purata harga ini jauh lebih rendah berbanding belian pertama pada Januari 2015 dan hanya tinggi sedikit daripada harga terendah pada belian Julai 2015.

Ini bermakna, semakin banyak ketika harga rendah, kita akan mendapat purata harga belian yang lebih rendah/murah.

Sebagai Dealer emas, saya akan ambil peluang untuk tambah stok bagi item yang ‘laku keras’ seperti 1Dinar dan 10gram jongkong emas ketika harga jatuh. Ini kerana saya berpeluang beli dengan harga rendah dan apabila harga naik kelak, saya boleh jual stok saya pada yang berminat dengan ready stock tanpa susut nilai. Dalam pada itu, saya juga boleh tambah simpanan emas saya dengan bajet yang lebih rendah. Mega Sale dalam urusniaga emas tak perlu musim perayaan atau jualan hujung tahun!

Tindakan #2: Bantu lebih ramai orang lain beli emas dengan harga rendah

Tindakan ini hanya boleh diambil oleh Dealer sahaja. Maksudnya bila harga emas jatuh atau turun lebih rendah daripada range harga yang biasa, Dealer boleh ‘pukul canang’ di facebook, whatsapp group ataupun SMS untuk beritahu rakan-rakan tentang harga terkini. Galakkan rakan-rakan kita untuk mulakan simpanan emas fizikal atau pun menambah tabungan GAP mereka. Selain dapat bantu mereka beli pada harga rendah, ini juga masa terbaik untuk Dealer gandakan komisyen atas jualan emas. Bagi saya, kepuasan sebenar adalah bila dapat bantu lebih ramai orang yang sudah celik emas beli emas pada harga rendah. Reward dari segi material sudah jatuh No 2.

Bagi saya, dua tindakan ini merupakan perkara asas yang dapat dilakukan ketika harga emas jatuh. Ada juga pilihan untuk pajakkan emas yang ada di tangan dan apabila dapat duit tunai, beli lagi emas dengan duit tunai tadi. Cuma, sebelum pajak emas tersebut, ada kira-kira (contohnya kos upah simpan) yang perlu dibuat supaya kita tidak rugi. Selain dari sudut kira-kira, kita juga kena tahu risiko-risiko lain seperti kena panjangkan tempoh pajakan yang secara tak langsung menambahkan kos upah simpan. Kita mungkin terpaksa panjangkan tempoh pajakan jika harga emas masih rendah dan kita belum boleh jual emas yang ada di tangan untuk dapatkan untung.

Walau apapun tindakan kita ianya haruslah bersandarkan dengan ILMU!

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *