Harga Emas Naik, Apa Nak Buat?

Sekian lama bertahan, harga emas telah memecahkan rekod 2000 USD per Oz pada 5/8/2020/ dan harga silver (logam perak) telah cecah 26 USD/Oz. Kalau dalam RM, sudah RM300 untuk 100 gram.

Sejak 3 minggu lepas hampir setiap hari harga emas ada tanda aras baru. RM270/g > RM274/g hinggalah paling tinggi setakat ini RM304/g. Ketika artikel ini ditulis, ianya turun sedikit kepada RM300/g.

Saya bukanlah pakar, tapi menurut analisis Pakar Emas Malaysia merangkap guru saya, Encik Syukor Hashim, kekuatan untuk emas dan perak untuk terus naik masih ada. Ia didorong oleh gelombang kedua dan ketiga Covid-19 di seluruh dunia.

HARGA TERUS NAIK AKIBAT KETAKSTABILAN EKONOMI DAN POLITIK DUNIA

  1. Selagi vaksin tidak ditemui, Covid-19 menjadi ancaman kepada ekonomi dan politik dunia.
  2. “Perang tanpa senjata” antara US dan China menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara berada di tahap terendah.
  3. TikTok menjadi mangsa apabila President Trump mengancam untuk mengharamkan TikTok daripada beroperasi di US.TikTok yang diasaskan oleh Zhang Yiming, seorang warganegara China tersepit dicelah-celah pergeseran ini antara US dan China.
Letak matlamat untuk simpan 1kg emas sebagai ‘insurans’ kewangan keluarga

Apa Tindakan Sebagai Penyimpan Emas?

Walaupun saya seorang dealer, tapi saya juga seorang penyimpan emas tegar. Secara peribadi, saya sedih dengan kenaikan harga emas sebab terpaksa keluarkan duit lebih banyak untuk 1gram emas.

Tahun 2014, saya dapat 2gram akaun GAP dengan duit RM270. Selepas enam tahun, duit yang sama tidak dapat beli walau 1 gram emas sekalipun!

Kita berada di dalam situasi yang tidak menentu baik dari segi ekonomi ataupun politik dunia. Jadi, emas dan perak akan menjadi aset selamat. Harganya akan terus meningkat.

Apakah tindakan terbaik? Jika kita ada matlamat untuk kumpul emas dalam kuantiti tertentu, contohnya 1 kilo emas untuk diri sendiri, beli emas dan perak dan nikmati trend harga menaik ini. PEJAM MATA, dan beli saja setiap kali dapat gaji. Kalau kita mengharapkan harga emas turun banyak dan baru hendak beli @ tambah simpanan, takut-takut kita akan RUGI dari segi masa. Harga terus naik, simpanan emas tiada @ tidak bertambah.

Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *