Harga Emas Naik, Apa Nak Buat?

Sejak minggu lepas (29/8/2017), harga emas mula mengganas. Kalau sebelum itu, harga emas acah-acah sekitar USD12++ per oz atau dalam RM18+ hingga RM193 per gram ikut harga GAP. Tapi sejak ada krisis politik antara Korea Utara dan Jepun, harga emas melompat ke paras USD1300 per oz atau RM195/gram. Fuh, memang merecik! Ikut pemerhatian mahaguru Tuan Syukor Hashim, sebelum ini, harga USD1300 pernah cuba ditembusi sebanyak 2 kali, tetapi gagal; menyebabkan harganya semakin jatuh. Cuma bila ada isu-isu semasa seperti hal geopolitik, memang pelabur-pelabur dunia sentiasa berhati-hati dan mula alihkan pelaburan mereka kepada emas fizikal. Akibat permintaan emas seluruh dunia yang mendadak, inilah faktor kenaikan harga emas buat masa ni.

Harga Emas Naik Lagi

Lebih ‘menarik’ lagi, pada 3/9/2017, Korea Utara telah berjaya melakukan 2 ujian nuklear. Pihak Korea Utara mendakwa, ini adalah Hidrogen Bomb (H-bomb) yang lebih berkuasa daripada bom nuklear. Diberitakan yang gegaran di Semenanjung Korea itu boleh dirasai sehingga ke Jepun. Itu baru ujian senjata. Belum lagi perang sebenar pun harga emas dah mencanak naik. Ikut pengalaman sebelum ini, selagi isu geopolitik ini belum selesai, harga emas biasanya akan terus mendaki.

Goldbar 10gram Public Gold

Konsisten Membeli Emas

Sebagai penyimpan emas yang simpan emas sebagai long term saving, saya ikut nasihat mahaguru saya iaitu ‘ABAIKAN HARGA, BELI AJA SECARA KONSISTEN’. Turun naik harga emas hanya persoalan masa. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Sesiapa beli emas untuk simpanan bagi tempoh at least 2 – 3 tahun, dia tak perlu tunggu harga terbaik (harga turun) untuk mula belian pertama. Itu cuma buang masa saja. Harga emas tak tunggu kita. Sejak dulu pun harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang sebab kuasa beli duit kertas sentiasa merosot. Faktor-faktor geopolitik (pergolakan antara negara-negara besar) hanya ‘penambah perisa’ untuk harga emas melonjak lebih tinggi. Negara-negara lain yang tak terlibat dalam kemelut ini secara langsung pun berlumba-lumba & ‘deperate’ selamatkan ekonomi mereka dengan tambah rezab emas masing-masing. Kita pun sepatutnya ambil iktibar dengan lakukan langkah serupa untuk selamatkan ekonomi negara kecil (keluarga) kita. Lagipun bukan sahaja emas akan naik dalam jangka panjang; harga rumah, tanah dan segala barang keperluan confirm akan naik sebab kuasa beli duit makin menurun. Emas lah duit & penyimpan kekayaan sebenar. Jadi kita cuma beli emas, simpan & lupakan. Cuma cek setahun sekali, mana tau dah layak keluarkan zakat .

Teknik Pemurataan Kos Rendahkan Harga Beli

Sekadar perkongsian rekod harga Goldbar 10gram yang saya pantau, ini adalah harga yang sempat saya lock.

July 2015 – RM14++
Sept 2016 – RM16++
Sept 2017 – RM19++ —-> Hari ni RM1977 (tak termasuk premium).

Dalam buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas tulisan Tuan Syukor, beliau ada kongsikan tentang ‘Teknik Pemurataan Kos’ untuk dapatkan harga purata yang kita dapat jika membeli secara konsisten. Katakan dalam contoh di atas, harga goldbar 10gram tu RM1477, RM1677 & RM1977.

RM1477 + RM1677 +  RM1977 = RM5131 / 3 = RM1710.

Maksudnya, kos purata kita membeli seketul goldbar cuma RM1710; jauh lebih murah berbanding harga semasa. Faktanya, harga hari ni bakal dikenang sebagai #harga #murahgiler pada tahun depan @ tahun ‘lusa’ depan.

 

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *