Hutang & Kesihatan: Di mana kita 10 tahun akan datang?

 Assalamualaikum

Hutang perubatan tinggi
* Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
* Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an itu secara
purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan.
* Trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan.
* Berikutan hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kad kredit tetapi tidak membayar balik hutang yang dibuat.

(kredit kepada akhbar Utusan Malaysia – 20 September 2011)

Tajuk depan akhbar pro kerajaan itu sedikit menyentak hati aku pagi ini. Dalam diam aku terpaksa mengaku yang hidup rakyat Malaysia memang penuh dengan hutang. 
Disclaimer: Jalan cerita dibawah adalah imaginasi aku dalam melayan rasa ngantuk di ofis & tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Jadi, jangan perasan k!
Seawal pengajian di kolej/universiti, Mat Minah sudah dapat tawaran pinjaman PTPTN yang antara pemiutang wajib bagi melanjutkan pengajian selepas SPM. Usai pengajian, hutang PTPTN pun menanti.
Belum pun mula bayar balik PTPTN dan lebih teruk lagi belum pun diterima bekerja, Mat Minah sudah merengek dengan mak bapak minta dibelikan motor/kereta ‘tangan kedua’ buat tunggangan ke pejabat bakal majikan. Mat Minah pun rasa bangga dapat menghadiri temuduga dengan kenderaan panduan sendiri (nasib baik tak upah driver, curlasst kau) walaupun mengngagau mak bapaknya nak bayar ansuran bulanan motor/kereta ‘tangan kedua’ tu.

Bila sudah mula bekerja + ada kereta, Mat Minah teringin pula nak ‘bela biri-biri’ atau bahasa modennya melanggan plan xxxx ‘blackberry’ <installment 2 tahun = harga 2 x blackberry bayar cash>. Kalau bela biri-biri, 2 tahun dah boleh jual, dapat gak untung…huhuhuhu. 
Disebabkan gaya hidup serba mewah tak hengat, bila jodoh sampai, terpaksa berhutang pula dengan bank untuk cukupkan keperluan duit hantaran/kos perkahwinan. Lepas kahwin, dengan hutang yang semakin panjang senarainya, bertambah pula hutang nak beli rumah <takkan nak menyewa memanjang>. Hutang rumah + PTPTN + kereta belum berapa nak langsai, si anak pula nak sambung belajar…kuang…kuang…kuang..
(betapa cepat masa berlalu –> salah; betapa lama Mat Minah berhutang bila nak abis –>betul)
Mana tahu ujian Allah, diturunkan penyakit pula pada Mat Minah, dah tak pasal nak berhutang dengan hospital untuk dapatkan rawatan terbaik. Mat Minah yang menjaga standard, tak kira masa sihat mahupun sakit, tetap mahu menjaga ‘curlast’nya. Takkan nak melukut di hospital kerajaan semasa sakit. Haruslah mahukan single bedroom ward – sebagai persediaan di alam kubur – di mana-mana hospital swasta.
Tapi mampukah nak bayar bil hospital tu dengan ambil kira hutang-hutang yang sedia ada dalam senarai. Dan gaya hidup berhutang pun berterusan sehingga tak habis 7 keturunan!
Dalam sibuk membuat akaun hutang di sana sini, kita terlupa untuk menjaga kesihatan diri sehinggalah sampai ke satu tahap apabila kita diserang penyakit, baru lah sibuk mencari penawar.

Jika penyakit itu sekadar amaran dan masih boleh dirawat dan terus sembuh, itu satu bonus. Apa jadi jika penyakit itu telah dirawat dan sembuh, kemudian berulang kembali? Cukup lagi kah duit yang ada untuk menampung rawatan untuk kali kedua & rawatan-rawatan susulan?

Jika belum pasti jawapannya, amalkan lah gaya hidup sihat seawal usia 1 tahun supaya kita sentiasa cergas dan bertenaga tanpa mengira usia.
Pengambilan supplement yang lengkap juga dapat membantu kita menjaga kesihatan. 
Ingat, mencegah itu lebih baik daripada merawat!
Satu cara mudah memulakan gaya hidup sihat ialah banyakkan makan buah-buahan & sayur-sayuran segar secara konsisten setiap hari. Pengambilan buah-buahan adalah SEBELUM makan nasi supaya perut tidak terperanjat beruk dan bersedia dengan kedatangan nasi. Secara tak langsung, pengambilan nasi menjadi sedikit dan sekadar perlu. Berat badan pun dapat dikawal.    
Nutrilite Double X mengandungi 17 jenis sumber tumbuh-tumbuhan dan sesuai diambil oleh individu yang tak gemar buah-buahan & sayur-sayuran segar. Gambar – sumber laman web Amway

p/s: Peluang perniagaan Amway sentiasa terbuka luas. PM saya di FB jika berminat dan saya bersedia tunjukkan plan perniagaan.

S.e.e Y.o.u

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *