i-Citra: Apa pilihan terbaik?

Kak Emy, Saya ada KWSP, Perlu ke saya keluarkan i-Citra?

Perlu atau tidak, buat pertimbangan ini..

1. Duit i-Citra asasnya ialah sebahagian duit simpanan hari tua kita atau senang cakap duit persaraan bagi pekerja yang tiada pencen. .Cuma hikmah pandemic covid-19, kita dibenarkan keluarkan maksimum RM5000 dari akaun KWSP kita..

.

2. Sebelum ‘jatuh hukum’ kita kena tengok kedudukan kewangan semasa kita. .Silap langkah kita bakal menyesal 7 keturunan, sebagaimana yang terjadi ketika pengeluaran i-Lestari & i-Sinar tempohari..

.

3. Duit i-Citra bukan untuk dijoli kawan. Kita tak pasti bila ekonomi akan pulih kembali mapan..

.

4. Renovate rumah, booking hotel untuk holiday apatah lagi tukar kereta bukan tujuan kita keluarkan i-Citra. .Berjuta kali lebih baik peramkan saja RM5000 dalam KWSP hingga usia bersara..

.

5. Jika pendapatan tak terjejas & kedudukan kewangan baik (ada simpanan tunai 3 bulan gaji di ASB/TH), tak perlu keluarkan i-Citra..Tapi kalau keluarkan i-Citra untuk ditukar kepada simpanan yang berikan ROI lebih besar dari KWSP seperti emas, itu OK..

Kenapa EMAS?

1. Emas adalah tunai tapi dalam bentuk yang sayang nak dibelanjakan. Jadi simpanan kita tak mudah bocor..

2. Jika perlukan tunai, kita boleh letak emas di arrahnu untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Tak perlu isi borang permohonan panjang berjela..

3. Prestasi lalu menunjukkan harga emas naik sekitar 40% berbanding 5 tahun lalu. .Jadi tindakan tukarkan duit i-Citra RM5000 kepada emas adalah satu pilihan yang baik.

Kak Emy keluarkan i-CITRA tak?

Jawapannya: Ya. Saya keluarkan dan akan tukar 100% kepada aset emas.

.

Ikut pengalaman saya, duit i-lestari tahun lepas masih selamat disimpan dalam bentuk 5 dinar.

.

Duit i-Sinar juga selamat dibekukan dan tunggu giliran untuk dapat ‘greenlight for collection.’

.

Dan saya teruskan game plan yang sama untuk i-Citra. Insha Allah..

Hidup ini satu pilihan. Pilihlah apa sahaja yang bakal menyenangkan urusan kita dikemudian hari.

Salam Hormat,

Emellia Maskor

012 3669 330

Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *