Introducer (Dealer Public Gold) sebagai Pemudahcara

Cuti hujung minggu lalu customer saya whatsapp dan beritahu dia mahu jualkan 1 Dinar sebab nak pakai duit segera. Beliau yang tinggal 30km dari saya sanggup datang untuk urusan buy back dengan saya sebab office PG tutup sempena cuti Awal Muharram. Dalam berkira-kira nak jumpa di mana, saya terima whatsapp dari customer kepada Sifu saya, En Mohd Zulkifli yang juga mahu menjual 1 Dinar dengan segera. Beliau dirujuk kepada saya sebab kawasan tempat tinggal kami berdekatan.

Atas faktor kesuntukan masa, saya hubungi rakan Dealer saya yang tinggal di kawasan berdekatan customer saya jika beliau berminat nak buy back 1 Dinar daripada customer saya. Alhamdulillah, rakan Dealer ni setuju nak bantu customer saya dapatkan tunai segera. Win-win situation dan rezeki tak pernah salah alamat.

Saya gembira sebab:
1) Dapat bantu customer PG (tak kisah siapapun Introducer mereka) untuk dapatkan tunai segera walaupun ofis PG tutup hujung minggu.
2) Dapat tambah stok pada harga buy back.

Saya perhatikan yang kedua-dua customer ini sebenarnya sayang nak jual emas mereka. Dalam perbualan di whatsapp, mungkin secara kebetulan mereka menyatakan ‘ok Puan, nanti saya confirmkan semula‘. Cuma yang pasti, mereka dah fikir masak-masak sebelum jual emas-emas tersebut sebagai jalan keluar untuk dapatkan tunai segera.

Sebagai Introducer yang aktif:

1) Saya bertanggungjawab untuk didik customer Public Gold supaya menjadi customer yang merdeka. Customer mesti pandai uruskan belian aset mereka sendiri dengan tunjuk ajar saya selepas buat belian kali pertama sehingga emas dapat di tangan mereka.
2) Saya bertanggungjawab untuk bantu sebaik mungkin customer ini dapatkan harga belian tertinggi. Untuk kedua-dua transaksi tersebut, saya ikut betul-betul harga buy back.
3) Saya bertanggungjawab cari mana-mana Dealer dalam network saya untuk bantu customer ini menjual dengan ORANG YANG BETUL, di TEMPAT YANG BETUL, pada HARGA YANG BETUL jika mereka perlukan cash di LUAR WAKTU PEJABAT. Jika customer terdesak nak pakai duit, mereka mungkin terpaksa ‘buang harga’ asalkan ada yang sanggup beli emas-emas mereka. Kesian sangat jika mereka terpaksa emas tersebut pada harga lebih rendah.
4) Bina network sesama Dealer lain untuk memudahkan urusan pada masa akan datang.
5) Jadi one-stop-consultation center untuk customer di bawah rangkaian saya dapatkan khidmat nasihat tentang urusan jual dan beli emas mereka dan hal-hal yang berkaitan dengan perkembangan semasa emas dunia. Keputusan untuk buat belian ataupun menjual emas terpulang pada customer sebagai pemilik aset.

Nasihat saya kepada yang baru nak membeli emas Public Gold, lantiklah mana-mana Dealer yang kita serasi nak berurusan sebagai Introducer supaya memudahkan kita pada masa akan datang.

1) Buang septikal yang mengatakan Introducer hanya tahu makan komisyen.

2) Harga beli emas sama sahaja sama ada kita ada Introducer ataupun tidak tapi kita akan dapat bimbingan berkaitan ilmu emas sepanjang hayat secara PERCUMA.

3) Beli emas Public Gold tanpa adanya Introducer ibarat lahir ke dunia Public Gold tanpa ibu dan ayah sebagai pembimbing. Sementara nak tunggu kita pandai terbang sendiri dalam ilmu emas & urusan jual-beli emas, kita perlukan Introducer yang guide kita bila-bila diperlukan.

Public Gold lebih suka jika pelanggan-pelanggan ada Introducer sebagai rujukan supaya staff yang ada di branch cuma fokus kepada hal-hal transaksi order sahaja. Jadi rakan-rakan yang nak mulakan simpanan emas dan belum ada introducer, boleh letak Kod Dealer saya PG041139 sebagai Introducer.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *