Item Public Gold Yang Paling Menguntungkan?

“Salam Kak, Sy X dan minat nak beli emas Public Gold. Apa item yang paling untung yer?”

Itu antara soalan yang biasa saya terima dari bakal pembeli yang excited nak beli emas Public Gold. Soalan yang ‘senafas’ tapi tak semudah itu nak berikan jawapan sebabnya item yang paling menguntungkan seseorang adalah bergantung kepada BAJET dan MATLAMAT dia simpan emas. Kalau mahukan jawapan ‘senafas’, macam soalan yang diajukan, jawapan yang paling best ialah ‘Item yang spreadnya (Beza harga jual & harga belian semula) yang paling nipis seperti goldbar 1kilogram ataupun 10Dinar.’

Pembeli Dengan Modal Besar

Bagi pembeli yang memang ada modal besar, saya cadangkan jongkong 250gram dan ke atas. Bukan sebab jumlah komisyen yang bakal saya terima, tapi sebab pembeli itu ada potensi untuk jana untung dengan kenaikan harga emas yang sedikit. Dengan spreadnya sekitar 5% sahaja, pembeli item 250gram dan ke atas boleh dapat keuntungan lebih cepat berbanding pembeli item 10gram yang spreadnya 8%. Kalau harga emas naik 10%, pemilik jongkong 250gram sudah dapat untung 5% sedangkan pemilik jongkong 10gram baru nikmati 2% keuntungan.

Pembeli Dengan Modal Sederhana

Kredit foto: En Faizal Jamaluddin

Kalau yang ada bajet biasa-biasa sahaja, saya cadangkan untuk beli item mengikut matlamat mereka simpan emas. Ada yang simpan emas untuk jangka pendek, kurang dari 3 tahun dan nak beli Dinar untuk Mas Kahwin. Saya akan cadangkan koleksi Dinar Public Gold. Dengan pengiktirafan ‘The most circulated Dinar in the world’, Dinar keluaran Public Gold memang wajib dimiliki sesiapa yang berhajat nak jadikan ia sebagai Mas Kahwin mahupun hantaran. Denominasi Dinar Public Gold bermula dari 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar. Tips penting daripada guru saya, Encik Mohd Zulkifli,  kalau nak jadikan dinar sebagai maskahwin, sila pastikan dulu samada maskahwin tu dipersetujui mengikut jumlah “dinar” emas atau jumlah “RM” (duit)? Kalau mengikut jumlah dinar, boleh beli emas sekarang walaupun majlis aqad
nikah akan berlangsung lagi 6 bulan. Tetapi kalau dipersetujui mengikut RM (tetapi dinilaikan kepada “dinar”), beliau cadangkan beli dinar bila dekat dengan majlis aqad nikah nanti supaya tak berlaku perbezaan ketara antara harga dinar & RM yang dipersetujui, sebab harga emas ada
turun naik.

Pembeli Dengan Modal Kecil

Bagi yang ada bajet kecil, lagi mudah beli dan simpan emas serendah 1gram dengan Kaedah GAP. Pembeli bebas untuk beli dan simpan pada bila-bila masa tanpa adanya komitmen bulanan. Dengan kaedah belian ni, pembeli juga boleh menabung emas mengikut kemampuan masing-masing sehingga capai target item yang nak dibawa keluar dari Akaun GAP. Makin banyak jumlah gram yang tersimpan, pembeli ada peluang untuk kecilkan spread emas jika hanya keluarkan item yang lebih berat.

Bagi pembeli yang nak jana keuntungan runcit, dia boleh keluarkan item 1gram + caj premium RM5 sekeping dan jual semula pada kenalan pada harga retail i.e RM215 sekeping. Sedar tak sedar, dia boleh buat untung minimum RM20 sekeping bergantung kepada harga terkini GAP.

Jadi secara amnya, item Public Gold yang paling menguntungkan adalah mengikut bajet dan matlamat simpanan emas masing-masing. Lain orang, lain itemnya. Cuma yang pasti, mesti ada item yang sesuai untuk setiap individu yang celik emas. A complex answer for a simple question.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *