Kaedah GAP atau Belian Terus?

Public Gold memberi pilihan kepada orang ramai untuk memiliki emas dengan dua (2) cara yang mudah bergantung kepada individu itu sendiri. Cara yang disediakan adalah 

1) Pembelian Emas melalui Kaedah GAP (klik untuk maklumat lanjut).

2) Pembelian Emas secara Belian Terus (klik untuk maklumat lanjut).

Sebelum memulakan belian, anda perlu mengetahui perbezaan dua cara ini dan buatlah pilihan yang tepat.

Saya secara peribadi membeli emas menggunakan kedua-dua Kaedah ini.

Perbezaan #1: Harga Emas

a) Harga untuk Kaedah GAP/SAP (logam perak) ini dikemaskini SEHARI SEKALI sahaja pada setiap jam 12 tengah malam

b) Harga untuk Belian Terus pula dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.

Harga yang terpapar adalah pada jam 11.55 pagi 19 Jun 2015



Perbezaan #2: Cara belian & Gold Premium

a) Public Gold masih giat membangunkan sistem pembelian secara online bagi Kaedah GAP bersama-sama syarikat Oracle. Buat masa ini, pembelian Kaedah GAP masih memerlukan interaksi secara MANUAL. Langkah ringkasnya:

1) Bank in duit ke akaun Public Gold
2) Whatsapp/Email maklumat belian anda
3) Tunggu Pengesahan bayaran dari Public Gold

Walau bagaimanapun, penyata GAP masih boleh disemak secara online di laman web Public Gold selepas pengesahan bayaran dibuat dalam masa 48jam. Jika penyata GAP tidak dikemaskini, pemilik akaun boleh menghubungi Public Gold terus atau Dealer masing-masing untuk bantuan.
p/s: Gold Premium hanya dikenakan apabila pemilik akaun menebus keluar emas fizikal dan bayaran dibuat pada waktu datang ambil.

b) Pembelian Terus boleh dilakukan secara ONLINE di website Public Gold. Langkah ringkasnya:

1) Log In guna PG code
2) Klik Order –>Place Order–> Pilih item yang nak dibeli dan ikuti langkah seterusnya seperti dalam web
3) Tunggu Public Gold hantar Sales Order ke email
4) Buat bayaran dalam masa 4 hari bekerja berdasarkan Sales Order yang diterima

Bagi yang baru nak beli pertama kali, minta Dealer yang anda percaya untuk bantu order item kali pertama jika kurang yakin untuk order sendiri atau bimbang timbul masalah selepas pembelian dan sebagainya.
p/s: Gold Premium akan tertera pada Booking Order/Sales Order yang dihantar ke email anda. Jumlah yang perlu dibank-in  adalah harga item emas + Gold Premium.

Perbezaan #3: Cara simpan Emas

a) Bagi Kaedah GAP, Public Gold akan simpankan emas itu di Safe Box, Public Safe secara PERCUMA (selagi emas fizikal tidak ditebus keluar). Jika emas fizikal sudah ditebus keluar, pemilik perlu simpan sendiri emas tersebut.

b) Bagi Pembelian Terus, pembeli perlu datang ambil item yang dibeli dalam masa 2 bulan dan simpan sendiri item tersebut di lokasi peribadi. Sebelum datang untuk ambil item, anda dinasihatkan untuk telefon cawangan yang anda nak datang supaya staf bertugas boleh asingkan stok anda terlebih dahulu.

 Selepas mengambilkira berbeza kaedah belian emas Public Gold, jom mulakan simpanan emas fizikal anda sekarang. Hubungi saya untuk bantuan.

Emellia Maskor
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *