Kaedah GAP/SAP disahkan Patuh Shariah (Fasa 2)

Datuk Dr Mohd Daud Bakar, tetamu kehormat Seminar Emas dan Shariah

Syukur Alhamdulillah pujian-pujian kepada Allah (SWT) kerana Public Gold telah menerima sijil patuh shariah fasa kedua untuk pembelian emas secara akaun Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP) daripada Amanie Advisor Sdn Bhd pada 29 September 2017. Ini merupakan satu lagi pencapaian terbesar Public Gold tahun ini selepas berjaya mendapat sijil patuh shariah fasa satu pada 16 Januari 2017 untuk ‘Outright Purchase’, ‘Easy Payment Purchase – EPP’ dan ‘Buy Back’. Sekadar makluman, Amanie  Advisors Sdn. Bhd. ialah sebuah konsultan shariah yang berperanan penting menyediakan standard shariah emas bagi World Gold Council (WGC) dan AAOIFI. Ia dia ketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang juga Pengerusi Shariah Advisory Council (SAC) untuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Saya berpeluang mendengar sendiri pengumuman yang dibuat oleh Mahaguru Encik Syukor Hashim dalam ucapan penutup di Seminar Emas dan Syariah yang diadakan pada 11 November 2017 di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya bersama rakan-rakan dealer yang hadir dari seluruh Malaysia & Singapura. Selepas sahaja berakhirnya seminar, kami mengambil peluang untuk bergambar dengan Datuk Dr Mohd Daud Bakar. “Assalamualaikum Datuk. Boleh kita ambil gambar?”
“Boleh. Dah lama jadi Dealer?” Betul kata mentor saya, Encik Zul, Datuk Dr Mohd Daud Bakar bukan “Ustaz” yang biasa-biasa. Seorang yang humble, friendly, percakapannya lembut dan tenang. Pertama kali berjumpa dari dekat tapi rasa macam dah lama kenal.

 

Dapatkan Sijil Patuh Shariah Secara Sukarela

Syarikat jual beli emas seperti Public Gold bukanlah institusi kewangan Islam yang diwajibkan mendapat pengesahan patuh syariah. Tetapi Public Gold memilih untuk mendapatkan pengesahan patuh shariah secara sukarela untuk memastikan pelanggan-pelanggan Muslim dapat berjual beli dengan penuh yakin sekaligus memberi impak positif kepada perkembangan bisnes Public Gold sendiri, mahupun industri emas itu sendiri

Kesemua 4 transaksi yang sudah mendapat sijil patuh shariah ialah.

1) Belian secara bayaran penuh – Outright purchase
2) Belian secara ansuran – Easy Payment Purchase
3) Belian secara akaun emas GAP & perak SAP
4) Jualan semula emas kepada Public Gold

Akaun Emas GAP Dari Kaca Mata Syariah

Bagi sesiapa yang mahu memahami, bagaimana syariah melihat Akaun Emas GAP sebagai transaksi yang patuh syariah, di sini saya copy paste tulisan salah seorang orang kuat Projek Patuh Shariah ini iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri yang juga ahli dalam mualamat Islam.

FB : KHAIRUL ANUAR BASRI

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah:

(1) Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

(2) Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

(3) Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.

Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.

(1) Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.

(2) GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.

(3) Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.

(4) Timbul beberapa persoalan – antaranya – seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?

(5) Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.

(6) Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.

(7) Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.

(8) Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.

(9) Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.

(10) Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.

(11) Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.

(12) Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.

Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was.

Mudah-mudahan sijil patuh shariah yang diterima ini menghapuskan keraguan tentang kaedah jual beli emas yang Public Gold sediakan. Insha Allah.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *