Kaitan Wang Dan Emas

Kredit gambar: America.pink
Penggunaan duit dalam urusan jual beli dah bermula berkurun dulu. Bermula dengan sistem barter, kemudian beralih pula kepada Commodity Money iaitu barangan keperluan asas seperti makanan,pakaian termasuk logam menjadi ‘medium of exchange’. Seterusnya ada beberapa lagi barangan diangkat menjadi medium of exchange seperti logam, kulit (leather) dan paling best dan most updated, KERTAS yang diberi nilai juga telah berjaya mengambil alih kesemua medium of exchange sebelum ini.
Itulah duit kertas yang kita gunakan dalam transaksi harian. Pada masa yang sama, duit digital dalam bentuk transaksi online mahupun kad kredit dah mula mengambil tempat sedikit demi sedikit. Duit kertas dikeluarkan tanpa disandarkan oleh apa-apa nilai yang ampuh. Ianya dicetak sesuka hati pemerintah yang menjadikan kuasa beli duit kertas melemah setiap hari.
Kalau kita ikuti perkembangan ekonomi dunia, kuasa-kuasa besar sudah mula ‘mengulangi’ penggunaan Commodity Money apabila terdapat usaha untuk jadikan minyak mentah sebagai barangan pertukaran yang dikenali sebagai Petrodollar. Apa sahaja yang berlaku kepada ekonomi dunia dan negara adalah di luar kawalan kita. Cuma yang kita boleh lakukan ialah memperbaiki tahap kewangan peribadi dan keluarga kita. Duit yang kita gunakan hari ini sangat terdedah kepada riba.
Sebaiknya, alihkan sebahagian duit terutamanya simpanan jangka panjang kepada emas supaya:
1) Kuasa Beli (Purchasing Power) dapat dikekalkan untuk jangka panjang.
2) Kebocoran Wang dapat dielakkan
3) Menerapkan tabiat menyimpan duit dalam bentuk yang susah dibelanjakan.

 

Pakar Kewangan Peribadi, Tuan Azizi Ali dalam buku ‘Masa untuk Emas’ ada menyatakan setiap 100tahun sistem kewangan dunia akan diset semula (re-set) berdasarkan kajian dan pembacaan beliau sendiri. Maknanya jika US Dollar yang sekarang digunakan sebagai rezab utama itu diubah kepada matawang negara lain i.e Yuan ataupun commodity money seperti Petrodollar, emas merupakan satu-satunya ‘safe heaven’ yang akan menjadi sandaran utama kerana harga emas berlawanan dengan situasi ekonomi US.

Secara umumnya, jika ekonomi US diunjurkan sebagai kukuh, nilai Dollar menguat dan harga emas akan jatuh. Begitu juga sebaliknya, jika ekonomi US lemah, harga emas akan meningkat dengan ketara.


Emellia Maskor
012 3669 330
Dealer Kod PG041139
Seksyen U5, Shah Alam 
 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *