Kau tak nampak apa yang aku lihat; begitu juga sebaliknya…

  Assalamualaikum

Sejak mula masuk sekolah nak-nak lagi sekolah tadika & darjah 1, pasti cikgu-cikgu akan tanya ‘Apa cita-cita kamu?’ Masa mula-mula dengar perkataan ‘cita-cita’ ni, berpeluh gak dok fikir apa maksud dia…Dan bila kawan-kawan dok pakat kasi jawapan  yang lebih ke arah ‘pekerjaan saya pada masa hadapan’, aku masih tak tahu lagi nak kasi jawapan apa. Sebab apa? Sebab aku tak minat nak fikir pasal masa depan aku waktu tu….huhu…Pada aku yang penting masa tu, mak & ayah ada dengan aku, so aku tak perlu lah nak serabut fikir apa aku nak kerja bila dah besar nanti. Sungguh singkat pemikiran aku dan fefeeling macam lah ayah aku ada company yang gah untuk aku warisi..wakakaka. Ah,tu tak penting. 

<apa yang penting…kejesama – lagu tema wonderpet tv9> 
Lama-lama kesedaran tu datang sendiri tentang hidup ini perlukan kesempurnaan walaupun dalam kekurangan. Setiap orang melihat sesuatu perkara itu berbeza-beza mengikut cara hidup, didikan dan jugak persekitaran. Contohnya, bagi orang miskin/sederhana, duit itu sangat perlu untuk teruskan kelangsungan hidup. Dalam dunia yang serba-serbinya duit, memang wang jadi keutamaan. La ni,nak masuk public toilet pun kena ada sekurang-kurangnya 50sen, kalau tak, menahan la ko sampai ke umah dan tak mustahil dapat urine infection kalau selalu menahan kencing! Tapi bagi jutawan atau orang berwang <beruang>, duit atau harta itu hanya sekadar penyebab dia dikelilingi anak-anak, saudara-mara & kawan-kawan.




Laptop ini medium hiburan bagi babysitter selepas penat jaga anak orang seharian


Baby ini medium hiburan kepada parents dia selepas penat seharian mengadap laptop di office

 <Aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan..hakhakhak>

Berbalik kepada persoalan asal tentang cita-cita, aku memang tak ada future job yang spesifik. Kejap macam nak jadi cikgu, kejap nak jadi doktor, kejap nak duduk umah & kawen ngan orang kaya (makan elaun cukuplah)…
Masuk sekolah menengah, aku lebih minat kepada sains dan disebabkan minat tu bertahan sampai ke peringkat matrikulasi dan agak cemerlang, aku pun terus apply bidang yang tak terjangkau dek akal time sekolah tadika dulu! Masalah lain timbul pulak bila dah habis study kat U. Rasa macam tak layak & tak minat nak teruskan bidang ni. Tiba-tiba rasa nak tukar buat benda lain pulak <gila gamble…> 
Setelah puas fikir, aku pun dengan gamble jugak lah apply dekat company yang aku keje sekarang. Memang mula-mula rasa down bila kerja dalam bidang yang jauh meyimpang daripada kelulusan atas kertas. Sedih memang sedih terasa macam tak pass SPM ja…
Walaupun bermula sebagai pekerja kontrak, aku terus merangkak perlahan-lahan dalam bidang baru ni. Seolah-olah baru mengenal A,B,C, aku juga belajar bina 1 kemahiran lain iaitu ‘tahan maki’…huhuhu. 
Untuk tahun-tahun mendatang, aku tak akan tetapkan target selama mana aku akan bertahan dekat company ni. Aku hanya mengikut gerak hati dan tulisan takdir….Walau dekat mana pun rezeki aku tertulis, biarlah ianya halal & berkat…
S.e.e. Y.o.u

1 Comment

  1. afifah's step

    2 perenggan akhir tu..wat aku sesayu lak emy..huahuahua…truskn menulis yer =D

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *