11 Kelebihan Emas Public Gold

<Dikemaskini 12/1/2018>

Perlaksanaan GST pada 1 April 2015 secara tidak langsung menguatkan sebab kenapa emas Public Gold seharusnya menjadi pilihan ramai. Saya kongsikan beberapa poin supaya lebih jelas:

1) Harga lebih murah daripada kedai emas
Harga emas yang ditawarkan Public Gold adalah lebih murah daripada kedai emas atau syarikat emas yang lain dan harga berubah setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia (kecuali harga 1gram GAP yang hanya dikemaskini sekali setiap hari). Pada ketika artikel ini disemak, harga emas 999.9 yang dipaparkan di kedai emas ialah RM210/gram dan kos ini tidak termasuk 6% GST. Manakala harga emas yang Public Gold tawarkan adalah sekitar RM190/gram melalui Kaedah GAP. Penjimatan sekitar RM20-RM30 bagi setiap gram dan bebas GST!

Bukankah ini dapat menjimatkan harga yang patut dibayar oleh pembeli?

Jika berlaku kenaikan harga emas 10%, penyimpan dan pelabur emas Public Gold pasti tersenyum bangga sebab nilai kekayaan emas mereka meningkat 10% tapi bagi penyimpan dan pelabur emas lain, mereka hanya untung sekitar 4% sahaja. Lagipun, harga yang Public Gold tawarkan adalah sama adil tak kira anda Dealer atau pembeli biasa sahaja.

2) Jongkong emas & Dinar tidak akan dikenakan cukai GST
Selain daripada harga per gram yang jauh lebih murah, jongkong emas dan dinar tidak dikenakan cukai GST kerana mendapat sijil LBMA dan berketulenan 999.9 Ini merupakan pra-syarat untuk pengecualian GST seperti yang diwar-warkan. Ini memberikan penjimatan 6% kepada penyimpan dan pelabur emas fizikal!

 

3) Spread (Susut Nilai) Terendah Di Pasaran
Spread emas Public Gold cuma 6% – 9% jer, bergantung kepada jenis item yang anda beli. Disebabkan spread yang rendah ni, aktiviti jual beli emas Public Gold rancak sama ada ketika harga emas naik atau turun. Jika harga emas turun, Dealer Public Gold yang buat promosi di FB akan ‘pukul canang’ untuk beritahu yang harga emas turun. Jadi pembeli emas Public Gold yang nak tambah gram emas masing-masing boleh ambil tindakan selanjutnya. Kalau harga emas naik pula, Dealer Public Gold akan pukul kompang untuk beritahu kalau-kalau ada penyimpan emas Public Gold yang nak jual stok emas mereka untuk nikmati untung tunai.

Kalau jadi dealer Public Gold, lagilah dapat penjimatan berganda. Dengan rebat yang Public Gold bayar, dealer boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer).

Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 3.7% (6% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 6% pun dah untung 2.3%. Jadi, tak perlu tunggu lama untuk dapat untung.

4) Stok Tiada Had 
Belum pernah Public Gold hentikan jualan kerana tiada stok. Jika ada masalah dari stok semasa harga emas jatuh, pelabur emaslah yang paling rugi sebab tak dapat beli dan tambah pemilikan emas ketika harga lebih murahh. Disebabkan emas fizikal keluaran Public Gold ini dibuat di Turki (Nadir Metal Refinary), jadi mungkin terdapat sedikit kelewatan penghantaran stok ke cawangan-cawangan atas faktor logistik. Jadi dinasihatkan untuk telefon dulu cawangan yang anda nak berurusan untuk tanyakan kesediaan stok. Bukan apa, amat tak berbaloi jika sudah datang ke pejabat Public Gold, tapi stoknya belum sampai.

5) Banyak cawangan seluruh Malaysia 

Terdapat 18 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia termasuk di Singapura. Setiap negeri ada cawangan Public Gold. Tiada masalah untuk jual semula emas tu kepada Public Gold tanpa perlu bergantung harap kepada Dealer.



6) 100% Jaminan beli balik item emas 

Asalkan berat item emas sama seperti yang tertera dalam sijil ketulenan, Public Gold tetap akan beli semula emas itu. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, ataupun hilang resit asal pembelian
asalkan berat masih kekal. Katakan hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item.

7) Diterima arrahnu terutama Ar-Rahnu POS Malaysia tanpa banyak soal 
Emas keluaran Public Gold diterima secara meluas di arrahnu terutamanya di Ar-Rahnu POS Malaysia. Kita cuma perlu bawa sijil ketulenan (bagi emas tanpa sijil LBMA) dan bagi jongkong emas dan dinar LBMA, dijamin tak perlu dibuka seal untuk pastikan ketulenan emas. Maknanya, kredibiliti emas Public Gold sudah diperakui ramai. Pengalaman mencagarkan Dinar Public Gold di Ar-rahnu POS Kelana Jaya ada saya kongsikan DI SINI. Urusannya mudah dan selesai dalam masa 30 minit. Bagi Dinar 916 (bukan LBMA), penyimpan-penyimpannya masih boleh memajaknya di Ar-Rahnu Bank Rakyat. Buat masa ini, Bank Rakyat belum menerima Dinar Public Gold LMBA kerana mereka perlu menguji ketulenan emas yang dipajak yang mensyaratkan supaya sealnya dibuka.

8) Tiada yuran sebenar jadi Dealer
Dengan pembelian emas RM30,000 dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold. Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer. Kesemua emas yang anda beli berjumlah RM30000 tersebut milik anda tanpa ada yuran hangus. Kalau beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian pertama dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping coin 1 dinar.

9) Sistem booking harga 24x7x365 

Kita boleh book harga beli atau harga jual tak kira masa. Harga emas Public Gold disemak setiap 20
minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Katakan harga emas jatuh tergolek tengah malam, kita boleh terus book harga tersebut walaupun harga dah naik semula keesokkan harinya. Buat bayaran dalam tempoh 4 hari bekerja. Kita tak perlu beratur di depan pintu untuk jadi orang pertama yang dapat beli dengan harga murah.Begitu juga kalau kita nak jual semula, kita boleh book harga jual pada bila-bila masa dan serahkan emas dalam tempoh 1 hari bekerja.

Mudah kan?

10) Emas siri Tai Fook,Bunga Mas dan Flexibar disertakan sijil ketulenan
Untuk item yang tidak mendapat sijil LBMA, ia akan dikenakan GST dan setiap pembelian akan disertakan sijil ketulenan mengikut berat item. Walaupun tanpa sijil LBMA, emas siri lain keluaran Public Gold tetap mendapat pengiktirafan daripada Assayer bebas. Ini menunjukkan yang emas pelaburan Public Gold berkualiti tinggi.

11) Urusniaga Patuh Shariah

Paling terkini, Public Gold telahpun mendapat sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia. Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

 

Jom saya bantu anda simpan emas Public Gold.


Emellia Maskor
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *