Kelebihan Hadiri Seminar Percuma Public Gold

Apa sahaja yang dimulakan dengan ilmu, pasti hasilnya lebih baik. Kalau dari segi menjana keuntungan, orang yang ada ilmu buat untung lebih banyak daripada orang yang hanya ikut apa yang orang lain buat. Petikan daripada salah satu posting Sifu Emas saya, Encik Mohd Zulkifli Shafie tentang seminar anjuran Public Gold. Beliau mengatakan seminar-seminar anjuran Public Gold di seluruh Malaysia, Singapura & Indonesia sebagai ‘Sekolah Emas Asia Tenggara’.

Sekarang ni, Public Gold anjurkan
lebih 100 seminar setiap bulan di Malaysia, Singapore dan Indonesia
secara PERCUMA. Ini adalah sekolah bagi sesiapa yang nak belajar ilmu
emas.

Saya boleh katakan, majoriti guru-guru emas di Malaysia
bersama dengan Public Gold. Antara yang ternama ialah Mahaguru En Syukor
Hashim dan Tuan Azizi Ali. Jadi kita berpeluang belajar terus dari
mereka yang pakar.

Sebelum saya kenal Public Gold, memang tak pernah dengar lagi ada seminar berkaitan simpanan emas fizikal. Nak sebut tentang emas pun macam tak berani sebab emas ni dalam kategori barang mahal. Kononnya bukan semua orang mampu memiliki emas yang banyak. Saya sangat galakkan rakan-rakan yang baru nak ambil tahu tentang simpanan emas yang betul, datang saja ke mana-mana seminar percuma ni yang diadakan hampir setiap hari di seluruh Negara.

Ada apa dengan seminar percuma?

1) Ilmu Percuma

Mungkin ada yang pernah nampak posting dealer-dealer Public Gold berkaitan seminar percuma di facebook & IG. Tujuannya nak memudahkan kita sebagai bakal penyimpan emas untuk dapatkan ilmu secara terus daripada speaker yang diamanahkan untuk berkongsi ilmu. Kadang-kadang maksud yang ingin disampaikan melalui posting di facebook ‘tak sampai maksud’ berbanding dengar secara live dan boleh berinteraksi secara terus dengan speaker. Ilmu yang kita dapat di seminar sangat mahal harganya tapi kita boleh dapat secara percuma dalam seminar-seminar ni.

2) Beli emas pada harga diskaun (Fire Sales)

Selepas selesai seminar, bagi sesiapa yang berhajat nak mulakan simpanan emas, boleh dapatkan item emas yang dijual pada harga diskaun. Harga yang ditawarkan ni memang tak dapat di luar waktu seminar. Saya sendiri biasanya akan tambah simpanan emas dengan cara buat belian waktu seminar. Bagi sesiapa yang buat belian sewaktu seminar, dia ada peluang dapat 2x cabutan bertuah dan hadiahnya berupa emas fizikal! Ibarat beli 1 percuma 1 lagi.

3) Peluang dapat emas percuma cabutan bertuah

Ini paling menarik bagi saya. Public Gold sangat menghargai pelanggan baru & lama yang sanggup datang ke seminar dan buat belian emas ketika sesi fire sales. Jadi selain daripada cabutan bertuah untuk ‘kedatangan’, pembeli emas berpeluang untuk dapatkan emas percuma melalui cabutan bertuah KHAS kepada pembeli emas ketika Fire Sales. Belum pernah mana-mana syarikat berikan emas percuma sebegitu banyak pada satu-satu masa seperti yang Public Gold buat.

4) Promosi Dealership Pada Harga Diskaun

Bagi sesiapa yang berminat nak jadi Dealer, biasanya akan ada Promosi Dealership Khas untuk sesiapa yang datang ke seminar. Promosi ini hanya dalam waktu terhad sahaja, biasanya 24jam tapi bergantung kepada keadaan. Tanpa promosi, belian RM30,000 dalam satu resit layak jadi Dealer tapi bagi sesiapa yang hadir seminar, ada peluang jadi Dealer dengan belian RM5000 sahaja (T&C applied).

Dengan macam-macam tawaran yang ada waktu seminar, saya rasa amat rugi jika sesiapa yang berkelapangan tapi tak ambil peluang untuk dengar ‘ilmu yang tak diajar di mana-mana sekolah ataupun universiti’ secara PERCUMA.

Apalah sangat 2 jam duduk & dengar apa yang disampaikan dalam seminar ini jika ianya dapat selamatkan puluhan malah ribuan ringgit daripada lebur dek Skim Cepat Kaya.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *