Kenaikan Gaji: Berbaloi atau Tidak?

 

Kredit foto: Labour Bulletin

Bagi yang makan gaji, kenaikan gaji tahunan memang ditunggu-tunggu. Ada yang dapat kenaikan gaji setahun sekali, ada yang kenaikan gajinya setiap 6 bulan. Memang seronok dapat kenaikan gaji ni. Kita rasa kerja keras kita selama setahun yang lepas diiktiraf dengan kenaikan gaji tu. Ambil masa bertenang..dan cuba kirakan kenaikan gaji tu berdasarkan purata harga emas semasa.

Siapa yang masih makan gaji dan rasa enjoy setiap tahun sebab dapat kenaikan
gaji tanpa gagal, cuba semak balik berbaloi tak kenaikan gaji tu.

Contoh kiraan:
Graduan mulakan kerja tahun 2005 dengan gaji permulaan RM2000 dan sela masa 5tahun.

Tahun            Gaji dalam RM    Harga Emas     Gaji dalam berat Emas

2005               RM2000       RM50/g                 40g

2010               RM3500        RM130/g               30g

2015               RM4500        RM150/g               30g

Dengan kenaikan harga emas setiap tahun (secara kolektif), gaji yang patut diterima tahun 2015 ialah RM6000, betul tak? 40gram x RM150/g. Itu pun dengan anggapan TIADA KENAIKAN gaji yang diterima dalam berat emas.

Mungkin ada yang mengalami kenaikan gaji yang berkadar terus dengan masa. Tapi dengan ambil kira faktor ekonomi seperti kejatuhan nilai matawang, survival syarikat menghadapi situasi kegawatan ekonomi, tak ramai yang dapat kenaikan seperti ini melainkan dia upgrade diri dengan skil-skil yang eksklusif atau pun dapat kenaikan pangkat dalam kerjaya. Ada juga yang bertukar bidang tugasan tapi tidak dapat pun kenaikan gaji disebabkan taraf jawatan tugasan baru adalah sama dengan tugasan lama. Jadi suka atau tidak, dia kena tunggu pusingan gaji yang seterusnya. Oh!

Saya
pernah dengar kesimpulan yang dibuat oleh seorang guru, dengan ambil
kira kadar inflasi rasmi 4% setahun, kalau kenaikan gaji kurang daripada
4%, maknanya dia saban tahun makin miskin. Bagi saya ini sesuatu yang saya pandang serius sebab takkan selamanya saya mahu terus ‘mundur’ sedangkan setiap hari, kuasa beli semakin berkurangan. Penat bekerja tapi hasilnya kita makin terhad untuk beli barangan yang kita hajati.


Pertumbuhan/Keuntungan Eksponensial & Inflasi
Dalam seminar emas Dr Mohd Izwan Hussin, salah seorang Master Dealer Public Gold, beliau ada mengingatkan yang sehebat mana pun keuntungan eksponensial pelaburan aset kertas, kita takkan dapat lari daripada ‘kekasih gelap’ nya iaitu inflasi yang menghakis kuasa beli seseorang. Jadi kita disaran untuk ambil kira keuntungan sebenar yang bakal kita perolehi selepas tolak kos-kos berkaitan (jika ada pinjaman yang terlibat) dan juga kadar inflasi yang datang secara pakej. Nombor-nombor yang besar dalam kewangan tidak menjamin pemiliknya adalah kaya. Kalau begitu, rakyat Zimbabwe adalah billionaire kerana duit mereka semuanya melebihi 6 angka!

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *