Kepentingan Mengenalpasti Susut Nilai Emas Pelaburan

Dalam pelaburan emas, salah satu faktor utama yang perlu diambilkira untuk jana keuntungan lebih cepat dan paling maksimum ialah dengan mengenalpasti SPREAD atau susut nilai bagi setiap item pelaburan tersebut. Ilmu berkaitan SPREAD ialah cabang ilmu pelaburan emas yang penting yang membezakan kita dengan pelabur-pelabur emas yang lain. Jika pelabur yang tidak ambil tahu tentang SPREAD terutamanya bagi pelabur baru, mereka bakal terlepas peluang untuk mengaut untung maksimum dalam pelaburan emas. Lebih malang kalau pelabur baru ini mendapat ‘nasihat’ daripada Salesman Emas yang hanya memikirkan keuntungan poket sendiri dan bukan Consultant Emas yang jujur dan amanah serta mengambilkira bajet dan matlamat bakal pelabur emas.

Spread atau Susut Nilai ialah perbezaan antara harga jualan emas (PG Sell) dan harga belian semula (PG Buy). 

Spread atau Susut Nilai setiap item LBMA

Lebih rendah SPREAD, lebih tinggi keuntungan pelaburan dan lebih singkat tempoh untuk mengaut untung.
.

Susut nilai emas Public Gold cuma 5% –
8% sahaja, bergantung kepada jenis item yang dibeli. Bakal pelabur boleh mengira sendiri susut nilai yang dikenakan ke atas setiap item emas kerana harga PG Buy turut dipaparkan di website https://publicgold.com.my/v1/.

Disebabkan susut
nilai yang rendah ni, aktiviti jual beli emas Public Gold rancak sama
ada ketika harga emas naik atau turun. Jika harga emas turun, Dealer
Public Gold yang buat promosi di FB akan ‘pukul canang’ untuk beritahu
yang harga emas turun. Jadi pembeli emas Public Gold yang nak tambah
gram emas masing-masing sama ada secara belian terus ataupun akaun GAP, boleh ambil tindakan selanjutnya. Kalau harga
emas naik pula, Dealer Public Gold akan ‘pukul kompang’ untuk beritahu
kalau-kalau ada penyimpan emas Public Gold yang nak jual stok emas
mereka untuk nikmati untung tunai.

Berbeza dengan kedai-kedai emas, emas perhiasan yang dijual dikenakan susut nilai yang jauh lebih tinggi sekitar 25% – 40%. Pemilik emas fizikal perlu bertanya terlebih dahulu berapa harga buyback per gram yang sanggup dibeli oleh pekedai. Kita amat bertuah jika dapat jual semula (bukan trade-in) emas kita pada pekedai dengan susut nilai bawah 20%! 

Bagi emas pelaburan yang Public Gold tawarkan, item yang spread paling rendah mengikut
keutamaan ialah seperti berikut:

Jongkong emas 250g – Spreadnya cuma 5%

Jongkong emas 100g – Spreadnya cuma 6%
10 Dinar – Spreadnya cuma 6.5%

Apabila kita dah kenalpasti nilai
spread ini, kita sudah boleh mencongak peratusan keuntungan yang kita
bakal perolehi jika hendak jual emas tersebut apabila berlaku kenaikan
harga emas. Maknanya, bagi item yang mempunyai susut nilai yang rendah
seperti jongkong emas 250gram iaitu 5%, kita akan lebih cepat menjana
keuntungan walaupun berlaku kenaikan harga emas yang minima. Jika
kenaikan harga emas sekitar 8% selepas pembelian jongkong tersebut,
bermakna pemiliknya sudah untung sekitar 3%.

Kesimpulannya, sebelum membeli mana-mana item pelaburan emas kita kena kenalpasti SPREAD atau susut nilai setiap item supaya:

1) Lebih cepat jana keuntungan jika berlaku kenaikan harga emas

2) Lebih banyak keuntungan dapat dijana disebabkan harga buyback yang lebih tinggi.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *