Kesan BREXIT Kepada Harga Emas

Dalam Seminar “Emas Penyelamat Kejatuhan Nilai Ringgit” pada hujung Febuari lepas, Dato Wira Louis Ng jangkakan yang harga emas akan ‘pecah langit’ menjelang akhir tahun ni. Siapa sangka harga pecah langit adalah hari ini (24 Jun 2016) sebab harga emas mencanak naik melepasi USD1300/oz. Memang agak kelam kabut dibuatnya untuk kami para Dealer pukul canang supaya customer-customer kami sempat top up akaun GAP masing-masing dalam masa kurang 20minit. Sepanjang Kaedah GAP diperkenalkan, hari ini adalah kali pertama harga GAP dikemaskini jam 12 tengah hari. Biasanya harga GAP hanya berubah jam 12 tengah malam. Alhamdulillah & Tahniah pada yang sempat top-up @ borong emas.

Harga emas hari ini bergerak sangat ‘volatile’ disebabkan kesan BREXIT yang berlaku di Britain. Tuan Khairul Azri ada menulis tentang BREXIT di FB Wall beliau. Tuan Khairul menerangkan walaupun Brexit kelihatan hanya akan memberi impak besar kepada
ekonomi UK, ianya juga boleh menjadi titik mula untuk sebuah gelombang
kegawatan ekonomi di seluruh dunia terutamanya US (UK adalah trading
partner ke-7 terbesar US). Kesan langsung kepada situasi terbaru ini, ramai pelabur mula beralih kepada emas (panic buyer) dan menyebabkan harga emas melambung. Kita tak pasti selama harga emas akan terus meningkat cuma nak pesan, tak kisahlah harga akan naik atau turun, sebaiknya simpan emas fizikal untuk jangka panjang. Dengan ketidaktentuan ekonomi di UK dan US yang secara tak langsung bakal merebak ke seluruh dunia, lambat laun kita di Malaysia mesti akan kena tempiasnya.

Jika selama ini kita tak ambil peduli tentang hal ehwal ekonomi dunia, mungkin ini masanya kita kena dan wajib ambil tahu supaya kita tahu tahap kewangan kita di tahap yang selamat atau tidak. Lindungi kekayaan yang kita usahakan itu supaya ianya kekal bernilai untuk jangka panjang. Emas fizikal memang sejak dulu lagi merupakan pilihan unik sebagai perisai terakhir untuk simpan dan kunci kekayaan seseorang.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *