Kisah Aku Dan Emas

Penat rasanya bilamana lepas hampir 10 tahun bekerja sejak 2005, simpanan tunai payah nak bertambah. Bukan tak menyimpan duit setiap bulan, tapi bila akhir bulan atau pun ada perkara yang diluar bajet bulanan datang, mesti simpanan duit yang tak seberapa itu jadi mangsa. Hutang yang ada ketika itu ada tiga (3) iaitu 1) Bayaran bulanan kereta Honda City, 2) Bayaran pinjaman balik PTPTN 3) Bayaran bulanan rumah kos rendah yang disewakan. Bayaran bulanan rumah terpaksa juga dimasukkan ke dalam komitmen bulanan sebab adakalanya penyewa bayar duit sewa agak lewat. Jemu dengan rutin bulanan, saya mula terfikir untuk cari maklumat tentang penyelesaian hutang. “Pasti ada jalan keluar” bisik saya dalam hati.

Waktu masih bujang, bebanan kewangan tak terasa sangat. Bila mula berumahtangga dan ada anak seorang, lama-lama terasa duit mengalir laju di samping komitmen bulanan yang makin bertambah. Walaupun kami suami isteri tak ada hutang kad kredit, tapi komitmen bulanan yang ada pun sudah cukup menyiksakan. Puas juga adjust komitmen bulanan sehinggalah November 2013 ketika saya mencari-cari artikel tentang bebas hutang, saya terjumpa blog Mentor saya sekarang iaitu www.mohdzulkifli.com tentang tips bebas hutang yang praktikal untuk saya gunakan. Daripada situ terjumpa tentang kelebihan simpan emas yang selain daripada kalis inflasi, ianya juga ubat kepada kebocoran tunai! Alhamdulillah.

Akhirnya Jumpa Panduan

Inilah yang saya cari selama ini. Rasanya dalam masa kurang daripada seminggu, saya berjaya membaca semua artikel berkaitan kewangan dan juga simpanan emas. Melihat profil beliau di blog, saya yakin pernah berjumpa dengan beliau dan isteri di satu seminar bisnes sebelum ini. Suami saya pun yakin kami pernah menghadiri seminar bersama-sama mereka. Jadi keyakinan itu bertambah yang simpanan emas ini benar-benar wujud dan ‘genuine’. Saya teruskan pencarian ilmu emas dengan membaca blog Mahaguru Syukor Hashim www.jutawanemas.com. Tanpa lengah, saya hubungi Cik Jun, isteri Mahaguru untuk beli buku ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ dan berjaya habiskan bacaan buku dalam masa 3 hari.

Kepingan Dinar 916 yang berjaya ditukarkan hasil daripada tabungan anak-anak. Lain rasanya dapat pegang (skin contact) dinar ini.

Khatam sahaja buku tersebut, saya dan suami sepakat untuk mulakan simpanan emas dengan menukarkan duit anak-anak kepada 6 keping satu dinar 916 awal tahun 2014. Harga sekeping satu dinar waktu itu sekitar RM595 sahaja. Murah kan? Murah giler! Kenapa duit anak-anak? Tak lain tak bukan ialah hendak selamatkan duit mereka dahulu daripada aktiviti rolling-merolling selama ini. Mujur duit simpanan anak-anak itu saya catat sebagai ‘hutang’ yang perlu dibayar (duit yang perlu diganti). Jadi sebaik sahaja ada kesedaran simpanan emas, kami terus tukarkan (lebih kepada menggantikan) duit yang terpakai selama ini kepada emas. Kebetulan waktu itu saya dapat duit bonus hujung tahun dan suami baru dapat bayaran untuk satu projek. Allah permudahkan kami untuk cepat-cepat selamatkan duit selonggok itu daripada hilang jejak. Baru puas hati!  Walaupun secara fizikal duit dalam akaun bank mereka menyusut, tapi kami tahu kami sudah selamatkan duit mereka yang ada ketikanya menjadi talian hayat kami selama ini.

Sebaik sahaja kepingan-kepingan dinar itu ada dalam genggaman kami, melihat & memegang sendiri emas fizikal yang selain daripada barang kemas, ada naluri halus yang sukar nak digambarkan. Betapa selama ini kami terlalu lalai dalam mengurus kewangan sehingga duit anak-anak menjadi korban. Bersyukur sangat sebab duit mereka sempat diganti sebelum terlambat. Sejak itu, kami perbaiki kewangan kami sedikit demi sedikit.

Ketika mulakan simpanan emas, kami tak peduli sangat dengan kebaikan simpanan emas yang lain seperti kekalkan kuasa beli. Kami cuma mahu menutup ketirisan duit kami selama ini selain daripada mengubat penyakit boros apabila rasa berduit. Walaupun ada income tetap setiap bulan, tapi kami gagal menyimpan duit secara kekal. Simpan awal bulan atau ketika dapat duit, tapi korek balik hujung bulan. Jadi sebaik saja dapat tukarkan duit kepada emas, kami jadi lega sangat.

Sebahagian goldbar hasil daripada duit modal dan keuntungan perniagaan kecil suami. Untuk bezakan antara simpanan sendiri dan untung berniaga, kami sengaja pilih dinar untuk simpanan dan untung berniaga dalam bentuk goldbar.

Masa mulakan simpanan emas awal tahun 2014, masih belum ada cara belian dengan modal kecil. Nak beli emas cara ansuran masih lagi ragu-ragu. Jadi kami perlu kuatkan hati untuk kumpul duit gaji sehingga RM600 – RM700 untuk dapatkan sekeping dinar pada masa itu. Suami pula apabila dapat duit keuntungan projek daripada, beliau akan asingkan dulu modal dan untung dalam bentuk goldbar. Sekurang-kurangnya keuntungan bisnes tak bercampur aduk. Apabila dapat projek seterusnya, goldbar modal akan dipajak untuk dapatkan modal tunai tanpa perlu pening kepala mencari dana lain ataupun kebas duit anak lagi

Alhamdulillah. Kami bersyukur sangat dengan rezeki ilmu emas ini. Kewangan kami semakin bertambah sihat dan kami layak mengeluarkan zakat emas lepas 3 tahun menyimpan emas, sesuatu yang tak pernah kami jangka. Dengan emas, mudahnya ‘duit’ terkumpul.

Syukur Alhamdulillah…

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *