Kisah Inspirasi: Tak sangka boleh simpan ‘banyak’ ni…

Gold Collection Folder Public Gold

Baru-baru ni sempat jumpa dengan pembeli emas yang berdaftar di bawah saya. Kak Jun ni minat sangat dengan barang kemas Aurora Italia Public Gold & katanya tak puas tengok e-katalog. Jadi bila saya dapat katalog yang hardcopy, saya singgah ke ofis beliau sekejap.

Dalam pada sembang-sembang pasal barang kemas ni, dia tanya saya kalau ada “Gold collection folder” Public Gold. Dia nak beli jugak sebab dia dah simpan beberapa keping dinar & goldbar. Katanya baru-baru ni bila dia kira semula kepingan dinar & goldbar dalam simpanannya, jumlahnya dah hampir kepada 85gram.

Rasanya, hujung tahun ni dah boleh bayar zakat

Allahu..seronoknya saya dengar! Sambungnya lagi..

Kak Jun tak sangka dalam setahun ni dah boleh kumpul banyak macam ni..Kerja dah 20tahun tapi jarang sangat dapat kumpul duit selonggok macam ni, padahal tahun ni saja Kak Jun dapat 3x payment yang hampir sama jumlah dengan 85gram, tapi tak nampak sangat ke mana hala duit tu. Mujur ada lekatkan 2 Dinar hari tu

Tak pe Kak Jun. Gold folder ni ada 24 slot. Kalau 1 slot isi 1 dinar, tahun depan dah boleh gi haji..kikiki” Saya bakar semangat Kak Jun sekaligus menghidupkan impian saya sendiri untuk ke Tanah Suci sebelum umur 45tahun.

Biarlah harga folder tu tak sampai RM20 tapi ianya mampu menyorokkan 20 Dinar yang melayakkan tuan punya folder pergi haji lebih cepat.

Saya percaya ini merupakan kisah yang hampir sama siapa saja yang simpan emas fizikal. Tak kisahlah berapa banyak pendapatan seseorang tu, tapi biasanya bila dapat duit banyak, duit tu boleh lenyap sekelip mata tanpa bayang. Cuma bila simpanan itu ditukar dalam bentuk emas fizikal, ianya lebih bertahan sebab kita dah tak nampak jumlah duit yang boleh dibelanjakan. Otak kita dah tak fikir nak beli apa bila dalam simpanan cuma ada GRAM yang terkumpul. Ramai penyimpan emas mula berkira-kira untuk berbelanja kepada barangan pakai buang sebab setiap kali terdetik nak beli sesuatu, mereka akan ada ‘second thought’ supaya tak terburu-buru belanja.

Harga baju ni sama dengan 1gram emas. Harga handbag ni boleh dapat 3gram emas kalau tambah duit sikit lagi

Ada seorang lagi pembeli emas dibawah saya sanggup cari duit tambahan semata-mata nak beli emas lebih daripada 1gram. Katanya 1gram emas wajib dibeli menggunakan duit gaji bulanan. Jadi dia akan cari jalan untuk dapatkan duit extra untuk beli emas lebih daripada satu gram sebab dah rasa seronok sangat tengok simpanan emas bertambah dari satu bulan ke satu bulan yang lain. Katanya dia dah jadi ketagih nak beli emas sampai sanggup cari pendapatan tambahan. Tak sabar katanya bawa keluar emas fizikal daripada akaun GAP dan nak pegang ketulan emas yang berat. Dia pun tak sangka dia berjaya simpan sekitar RM400 (2gram emas) setiap bulan dan kekal sejak mula simpan tahun lepas hingga hari ni.

Bagi orang yang boros, memang pakar-pakar kewangan cadangkan untuk tukarkan sebahagian duit (khasnya duit simpanan jangka panjang) kepada emas fizikal. Selain daripada mengekalkan nilai duit tersebut, yang lebih penting ialah untuk menutup nafsu berbelanja yang bukan-bukan.

Daripada tak ada simpanan jangka panjang, ada simpanan yang bertahan;

Daripada tak suka menyimpan, sekarang dah jadi ketagih menyimpan;

Itulah penangan emas!

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *